Oleh kerana ingin menjalani kehidupan serba mewah seperti apa yang dilihat di dalam media sosial, seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul pinjaman bank berjumlah hampir RM1.9 bilion, kata Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Memetik laporan Bernama, satu tinjauan yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan (FCI) 2021 mendapati bahawa 30% rakyat Malaysia terbeban dengan hutang yang dimiliki oleh mereka sejak awal bekerja!
Baca juga: Jodoh Dah Jumpa Tapi Bakal Mentua ‘REJECT’ Sebab Anda Kerja Dalam 7 Bidang Ini, Pedihnya Hati!
BUAT PINJAMAN BANK DI USIA MUDA JADI FAKTOR BEBANAN HUTANG!

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata AKPK juga mendapati 28 peratus rakyat Malaysia yang bekerja meminjam wang untuk membeli barangan keperluan dan barang mewah lain.
Beliau turut mendedahkan bahawa kewujudan skim ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (Shop Now, Pay Later) turut menjadi kebimbangan sekiranya pengguna tidak mempunyai disiplin dalam menguruskan kewangan.
“Peningkatan kebolehcapaian pinjaman peribadi, kad kredit, dan terutamanya skim ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ amat membimbangkan, terutamanya dalam kalangan golongan dewasa muda.”
Walaupun proses ini memudahkan orang ramai yang mungkin tidak mampu pada waktu-waktu kecemasan, kekurangan pemahaman mengenai implikasi dan kekurangan disiplin dalam mengurus komitmen kemudahan ini boleh mengakibatkan hutang yang tidak terurus.
Ia meletakkan Malaysia tempat ke-26 daripada 39 negara yang dikaji, di bawah purata global sebanyak 42 peratus.
30% Rakyat Malaysia Dibebani Hutang

Jabatan Insolvensi melaporkan dalam laporan kajian sejak 7 tahun lepas, seramai 274,628 rakyat Malaysia telah diisytiharkan muflis dengan 46,132 daripada kes itu direkodkan antara tahun 2018 dan Mei 2022.
Hampir 60% daripada mereka yang diisytihar muflis itu adalah individu yang berada dalam lingkungan umur antara 25 hingga 44 tahun.
Oleh itu, adalah amat penting untuk generasi muda mengambil berat akan isu ini kerana mempunyai wang simpanan untuk masa tua adalah sangat penting. Jika sudah tidak bekerja, macam mana nak ada duit kalau tidak mula menyimpan dari sekarang?
Baca juga: Top 7 Kerjaya Paling Dapat Permintaan Tinggi Di Malaysia, Bidang Anda Tersenarai Tak?
Sumber: Harian Metro
