Euforia Bola 2026
Famili

5 Kos Yang Perlu Kita Sediakan Bila Nak Beli Sebuah Rumah, Kena Tahu Supaya Tak Terkejut!

beli rumah

Siapa yang tidak mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri tidak kira cepat atau lambat. Hal ini kerana, beli rumah merupakan pelaburan yang sangat menguntungkan kerana ia adalah aset yang tidak akan susut nilai. Malah, kalau dilihat harga rumah zaman sekarang sudah ada yang mencecah jutaan ringgit!

Jadi, buat anda yang sedang berusaha dari segi kewangan untuk membeli sebuah rumah impian, berikut merupakan senarai kos yang diperlukan semasa dalam proses mendapatkan kediaman tersebut. Cukup duit awal, boleh beli rumah awal!

Baca juga: Tersergam Indah Bak Istana, Ini 5 Rumah Pemimpin Malaysia Yang Mewah & Cantik!

KOS BELI RUMAH, TERNYATA BUKAN SEMUDAH YANG DISANGKA

beli rumah

Saya selalu dapat soalan yang hampir sama. Di sini saya kongsikan semula kos yang kita kena sediakan kalau beli sebuah rumah.

1. Wang Pendahuluan / Deposit : 10%

Biasanya 10% dari harga rumah. Ada developer yang bagi rebat atau anda boleh beli bawah harga pasaran. Tapi jangan langsung tak ada duit. Tak boleh booking dengan kenyit mata saja.

2. Kos Duti Setem Pindah Milik (SPA) : 1- 4%

Biasanya 1-4% harga SPA. Contoh beli rumah RM400k, setem duti je RM7,000. Ini biasanya memang anda kena bayar. Melainkan ada insentif kerajaan atau developer tanggung.

3. Kos Duti Setem Perjanjian (Agreement): 0.5%

Kos ni 0.5% dari Pinjaman. Ini anda kena bayar sebab pakai pinjaman bank. Mesti ada perjanjian. Kalau beli cash, tak payah bayar ni.

4. Kos Peguam (Legal fee) : minimum 1%

Ini kos yang paling banyak orang ingat percuma. RM500k yang pertama 1%. Lagi mahal rumah lagi banyak la kos ni. Kadang-kadang pemaju tanggung kos ini. Tapi bukan percuma atau minta peguam bayarkan dulu.

5. Kos Penilaian (Valuation) : 0.25 – 0.45%*

Kos ni dah ditetapkan. Biasanya RM1000 – RM1500. Kalau pakai LPPSA ni percuma. Jadi total berapa semua ni? Contoh kalau beli rumah RM400, 000.

Deposit : RM40, 000
Duti Setem SPA : RM7, 000
Duti Setem Perjanjian : RM2, 000
Peguam (SPA+Agreement) : RM8, 000
Penilaian : RM1000

beli rumah

Foto hiasan.

*Jumlah lebih kurang RM58, 000 sahaja. Jadi bukan senang dan murah nak beli rumah. Walaupun ada yang tawar beli rumah tanpa modal dan sebagainya. Tetap wajib kumpul juga sebahagian kos-kos beli rumah ni ya.

Baca juga: 9 Lokasi ‘Keras’ Dalam Malaysia, Yang Akhir Sekali Baru Dirobohkan & Ada Bau Wangi…

Sumber: Haniza Hussin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×