Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Periksa ‘Contact’ Suami Sekarang, 5 Panggilan Rahsia Ini Petanda Si Dia Terjebak Dunia Songsang!

Baru-baru ini, tular di media sosial satu perkongsian yang membuka mata kaum wanita tentang fenomena lelaki berpenampilan normal, malah sudah berkeluarga, namun dalam diam terlibat dengan aktiviti hubungan sejenis (homoseksual atau biseksual).

Dikhabarkan bahawa senarai nama dan nombor telefon rakan-rakan yang dikenali pun mungkin akan dilabel dengan nama ‘khas’ yang mungkin para isteri semua boleh semak sekarang!

Baca juga: Betul Ke Tahan Kencing (Peegasm) Sebelum Bersama Suami Boleh Bagi ‘Rasa’ Lain? Ramai Cakap Best…

JAGA-JAGA KALAU SENARAI ‘CONTACT’ SUAMI ADA NAMA INI, TANDA DALAM HUBUNGAN SEJENIS!

hubungan sejenis

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Azie, golongan ini bergerak dengan penuh berhati-hati. Di mata masyarakat, mereka sering tampil dengan imej suami mithali seperti kemas, berkarisma, malah kelihatan ‘sempurna’. Namun, di sebalik itu, ada sisi gelap yang dirahsiakan.

Azie turut menjelaskan, dalam komuniti songsang terdapat istilah khas yang digunakan untuk merujuk sesama mereka. Antaranya:

  • Bear – Lelaki berbadan besar atau sasa, berbulu dada, sering dikaitkan dengan status suami.
  • Twink – Lelaki muda, kurus, berwajah lembut.
  • Otter – Lelaki kurus tetapi berbulu.
  • Daddy – Lelaki lebih berusia, dominan, dianggap sebagai ‘figure’ kepada pasangan muda.
  • Chub – Lelaki berbadan montel atau berisi.

Selain itu, mereka juga menggunakan kod panggilan mesra seperti abang, adik, baby atau husband-wife dalam mesej peribadi untuk menutup identiti sebenar hubungan tersebut.

Petanda Tersembunyi Yang Sering Diabaikan

hubungan sejenis

Foto: freepik

Tambahnya lagi, ada beberapa pola tingkah laku yang boleh menjadi ‘clue’ tersembunyi bagi isteri. Antaranya:

  1. Hubungan mesra berlebihan dengan lelaki tertentu, lebih rapat berbanding dengan isteri sendiri.
  2. Isteri berasa kosong secara emosi walaupun suami ada secara fizikal.
  3. Lingkaran sosial yang pelik – lebih ramai kawan lelaki yang bergaya manja atau suka menonjolkan tubuh.
  4. Bahasa tubuh berubah, termasuk pandangan mata yang lembut kepada lelaki lain.
  5. Naluri isteri sering terasa ada sesuatu yang tidak kena.

Fenomena ini bukan sahaja memberi kesan kepada emosi dan keharmonian rumah tangga, malah turut membawa risiko kesihatan yang besar. Lelaki yang terlibat dengan hubungan sejenis berisiko tinggi terdedah kepada HIV serta penyakit kelamin.

*Minta dijauhkan dari masalah sebegini dan sila semak senarai ‘contact’ pasangan masing-masing.

Baca juga: “Suami Suka Saya Guna Mulut Atau Lidah..”- Doktor Nasihat Para Isteri Jangan Geli, Inilah Teknik Cik Abang Gila Bayang!

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×