Isu sihir dalam makanan sering menjadi perbualan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila seseorang tiba-tiba mengalami perubahan pelik selepas makan seperti muntah berterusan, sakit badan, hilang selera makan atau rasa makanan menjadi pahit dan hanyir secara tiba-tiba.
Walaupun ada keadaan yang boleh dijelaskan secara perubatan, tidak kurang juga yang percaya gangguan seperti ini berkait dengan unsur mistik atau santau yang dihantar melalui makanan dan minuman.
Baca juga: “Umi Pengsan 4 Kali Lihat Keadaan Anak…” Empat Pelajar Cedera Parah Kemalangan Dengan Kereta Guru
JAGA-JAGA SIHIR DALAM MAKANAN, TAKUT TERKENA

Berikut antara tanda sihir dalam makanan yang ada perlu tahu:
1. Makanan bau busuk atau hanyir
Antara tanda yang sering diperkatakan ialah makanan tiba-tiba berbau busuk atau hanyir walaupun baru dimasak.
Lebih pelik, bau tersebut kadangkala hanya dapat dihidu oleh individu tertentu sahaja manakala orang lain tidak menyedarinya.
2. Warna makanan berubah
Makanan juga dikatakan kelihatan berubah warna atau mempunyai kesan kotoran yang mencurigakan walaupun bahan yang digunakan masih elok.
Ada yang mendakwa terlihat tompokan pelik atau warna yang tidak normal pada makanan tersebut.
3. Rasa kelat atau pahit
Sesetengah individu mendakwa makanan terasa terlalu pahit, kelat atau seakan berbisa walaupun hidangan itu sepatutnya mempunyai rasa biasa. Keadaan ini sering dikaitkan dengan unsur santau dalam kepercayaan masyarakat.
4. Ada benda pelik dalam makanan
Kadangkala terdapat objek yang tidak sepatutnya berada dalam makanan seperti rambut, ulat atau bahan kotor lain. Situasi ini sering menimbulkan rasa curiga terutama jika makanan disediakan dalam keadaan bersih.
5. Makanan cepat basi
Makanan yang dipercayai terkena unsur tidak baik juga dikatakan mudah basi dalam tempoh yang sangat singkat berbanding kebiasaan. Walaupun disimpan dengan baik, makanan tersebut cepat rosak atau berubah bau.
6. Muntah selepas makan
Antara simptom yang sering dikaitkan ialah muntah secara tiba-tiba selepas makan, terutama apabila bangun daripada tidur. Keadaan ini boleh berlaku berulang kali tanpa sebab kesihatan yang jelas.
7. Sakit perut atau cirit birit tiba-tiba
Sesetengah individu mengalami sakit perut, memulas atau cirit-birit secara mendadak selepas makan di tempat tertentu. Simptom ini kadangkala berlaku berulang kali apabila mengambil makanan daripada sumber yang sama.

Kredit: Magnific
8. Nafsu makan berubah mendadak
Ada juga yang mengalami perubahan selera makan secara tiba-tiba sama ada terlalu lapar atau langsung hilang selera makan tanpa sebab tertentu.
9. Tak mampu habiskan makanan
Walaupun berasa lapar, seseorang mungkin tiba-tiba hilang selera apabila makanan berada di depan mata. Ada yang mendakwa mereka berasa sukar untuk menelan atau menghabiskan makanan tersebut.
10. Rasa bisa, gatal atau sakit sendi secara tiba-tiba
Selain kesan pada sistem penghadaman, terdapat juga individu yang mengalami rasa bisa, gatal atau sakit secara tiba-tiba pada bahagian anggota badan tertentu seperti sendi.
Walaupun tanda-tanda ini sering dikaitkan dengan gangguan sihir atau santau dalam kepercayaan masyarakat, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengabaikan aspek kesihatan.
Simptom seperti muntah, sakit perut, hilang selera makan atau sakit badan juga boleh berpunca daripada masalah kesihatan lain dan memerlukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sumber: Lemon8 Maisarah
