Perkongsian kisah seram dalam kalangan rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan. Salah satu ‘elemen’ yang mesti ada dalam kisah seram tersebut adalah tanah kubur yang sering dikaitkan dengan hantu pocong.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang saudara di laman Tiktok ini, dia yang merupakan seorang penghantar makanan mengalami pengalaman mengerikan apabila pulang kerja lewat.
Baca juga: “Dah 3 Hari Berturut Buat Benda Sama”- CCTV Papar Individu Misteri Tabur Tanah Kubur Depan Rumah
BALIK PUKUL 1.30 PAGI, KATIL PENUH TANAH KUBUR DAN PAKU

Menurut perkongsian dari laman Tiktok milik @arulwhuut, dia mengalami kejadian aneh dan menyeramkan pada jam 1:30 pagi, 13 Februari 2025. Dia menceritakan bahawa setelah selesai mengunjungi kedai rakannya, dia singgah sebentar untuk membeli burger sebelum pulang ke bilik sewanya. Keadaan di luar rumah agak sunyi memandangkan waktu sudah larut malam.
Setibanya di rumah, dia memarkir motosikal seperti biasa, buka pintu rumah, dan memberi salam sebelum melangkah masuk. Namun, sesuatu yang luar biasa terasa apabila suasana rumah menjadi lebih sunyi daripada biasa, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Tanpa menghiraukan perasaan itu, dia terus menuju ke biliknya.
Sebaik sahaja pintu bilik dibuka dan lampu dinyalakan, dia dikejutkan dengan satu penemuan mengerikan. Katilnya dipenuhi habuk tebal, seolah-olah sudah lama tidak digunakan.
Namun, apa yang lebih mengejutkan, apabila dia melihat dengan lebih teliti, terdapat tanah kubur berselerakan di atas katilnya. Tidak cukup dengan itu, dia turut menemui beberapa batang paku lantas menambahkan lagi perasaan seram.

Kejadian yang meraih lebih 900 ribu tontonan di laman Tiktok ini menimbulkan pelbagai persoalan. Apakah maksud di sebalik tanah kubur dan paku tersebut? Adakah ia hanya satu kebetulan, atau terdapat sesuatu yang lebih menyeramkan di sebalik kejadian ini?
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyarankan supaya saudara ini beli garam kasar dan limau nipis, gaulkan bersama dan tuang sekeliling rumah berserta selawat. Malah, ada juga netizen yang turut menyarankan untuk dia membakar cadar katil yang penuh dengan habuk tersebut.
*Dinasihatkan kepada anda yang berhadapan dengan situasi yang sama untuk mendapatkan rawatan dari pakar perubatan tradisional Islam. Ingat, kalau lewat pulang ke rumah pastikan singgah di tempat lain dahulu dan niat supaya tidak ada ‘benda’ yang ikut.
@
Baca juga: Tanda Perniagaan Atau Kedai Makan Kena ‘Buatan’ Orang, Patutlah Asyik Jumpa Benda Ini Dalam Kedai..
Sumber: Tiktok @arulwhuut
