Apa perasaan anda bila anak kecil demam tak kebah-kebah? Panik? Risau? Tapi bagaimana kalau demam itu rupanya petanda kepada penyakit misteri yang boleh menyerang jantung si kecil iaitu penyakit Kawasaki!
Itulah detik cemas yang dilalui oleh seorang ibu apabila bayinya yang kelihatan sihat, tiba-tiba dimasukkan ke wad kecemasan dan disahkan menghidap Kawasaki Disease, penyakit boleh menyebabkan salur darah ke jantung tersumbat dan membawa maut jika terlewat rawatan.
Baca juga: “Aku Penat Sangat”- Wanita Luah Terpaksa Campur Ubat Batuk Dalam Susu Anak, Tak Tahan!
DEMAM TAK KEBAH MASUK WAD KECEMASAN, ANAK KENA PENYAKIT KAWASAKI YANG DIGERUNI

“Saya ingatkan hanya demam biasa, rupanya penyakit yang boleh jejaskan jantung anak saya,” kongsi ibu.
Bagi ibu bapa, apabila anak mula demam, naluri pertama kita adalah berjaga-jaga kerana takut terkena jangkitan seperti HFMD atau Influenza. Inilah yang dilalui seorang ibu, Sharon Chong di laman Facebook apabila bayinya, Charlotte, disahkan menghidap Kawasaki Disease.
Menurut perkongsian ibu ini, pada hari pertama, Charlotte hanya demam dan ibu hanya lap badan untuk turunkan suhu. Hari kedua, demam masih tinggi dan Charlotte dibawa ke jabatan kecemasan dan diberi paracetamol.
Namun pada hari ketiga, ruam merah mula timbul. Si ibu sangka hanya ruam panas tapi bibir Charlotte makin merah, seolah-olah memakai gincu.
Pada hari keempat, matanya Charlotte sudah merah. Naluri seorang ibu mula kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena. Petang itu, mereka bergegas ke hospital dan Charlotte terus diminta masuk kecemasan, dipasang drip, diambil darah dan diperiksa jantung.
“Saya mula panik bila doktor sebut nak cek jantung dia. Saya tak sangka demam anak boleh sampai ganggu jantung!” ibu.

Diagnosis doktor mengatakan bahawa ini sah penyakit Kawasaki dan memaklumkan ini penyakit berbahaya dan jika terlambat, boleh membawa maut. Maka, Charlotte dimasukkan ke wad, dipantau ketat, dan diberikan ubat IVIG selama 12 jam, ubat khas untuk kurangkan keradangan salur darah.
Hari demi hari, keadaannya semakin stabil:
- Ruam badan mula hilang
- Bengkak di tangan dan kaki surut
- Bibir masih merah, tapi lebih baik
- Charlotte juga diberi aspirin, ubat untuk elak pembekuan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung.
Apa Itu Kawasaki Disease?

Untuk pengetahuan anda, penyakit Kawasaki bukan penyakit berjangkit. Ia berpunca daripada tindak balas sistem imun terhadap virus atau bakteria yang tidak dikenal pasti, yang menyebabkan keradangan pada salur darah, terutama arteri yang membekalkan darah ke jantung. Ia boleh menyerang bayi, kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Tanda-tanda yang wajib ibu bapa perhatikan:
- Demam panas lebih dari 4 hari (walaupun diberi ubat)
- Mata merah tanpa lelehan
- Ruam merah pada badan
- Tapak tangan dan kaki bengkak dan kemerahan
- Lidah seperti strawberi (berbintik merah terang)
- Bibir merah menyala dan merekah
*Semoga cepat sembuh!
Sumber: Sharon Chong
