Euforia Bola 2026
Nur

Rumah Selalu Masuk 5 Haiwan Ini Rupanya Tanda Kena Sihir, Tak Disangka-Sangka!

TANDA KENA SIHIR

Sehingga kini, sihir masih lagi digunakan dan dipercayai oleh orang ramai. Selain masalah kesihatan yang kerap berlaku, antara tanda kena sihir adalah terdapat lima jenis haiwan ini di rumah anda.

Menerusi perkongsian di laman TikTok, 5 jenis haiwan ini sering digunakan untuk menghantar sihir kepada ‘musuh.’ Ikuti penerangan lanjut di bawah.

Baca juga: Jika Rumah Seolah-Olah Rasa Sempit & Tak Selesa, Amalkan BACA Surah Al-Baqarah

TANDA KENA SIHIR, MUNGKIN ADA 5 JENIS HAIWAN INI DI RUMAH

TANDA KENA SIHIR

1. Lalat

Tanda kena sihir yang pertama adalah kawasan di dalam rumah dikerumuni lalat yang begitu banyak. Haiwan ini antara medium penghantar sihir yang digunakan untuk ‘menghancurkan’ hubungan sesama manusia.

Jangan hanya dibiarkan jika anda melihat lalat pada waktu malam walaupun satu atau dua ekor sahaja. Itu petanda buruk!

2. Cicak

Tanda kena sihir yang selanjutnya adalah terdapat cicak di rumah. Perlu diingatkan bahawa cicak juga boleh digunakan untuk menghantar sihir.

Ini bermakna, jika rumah anda terlalu banyak cicak berbanding biasa itu tandanya anda mungkin disihir dan perlu berhati-hati.

3. Lipas

Seterusnya, lipas juga antara salah satu haiwan yang sering digunakan untuk menghantar sihir pengasih. Sekiranya rumah anda bersih dan secara tiba-tiba ada lipas, jangan ambil mudah kerana ia berkemungkinan anda disihir.

4. Belalang pelesit

Sebut sahaja belalang pelesit, rata-rata sudah tahu bahawa ini adalah haiwan paling biasa untuk menghantar sihir kepada ‘musuh’ anda.

Cara untuk mengenali rupa belalang pelesit adalah dengan melihat di bahagian atas kepalanya terdapat tanda berwarna merah. Apabila dicabut kepala belalang pelesit anda akan nampak juraian rambut yang halus.

Jadi, berhati-hati jika ada belalang pelesit di rumah anda. Jangan ambil ringan perkara ini!

5. Katak

Haiwan untuk menghantar sihir yang terakhir adalah katak. Jika katak jarang ada di rumah anda namun secara tiba-tiba ia mula berkumpul dan sering dijumpa, itu merupakan tanda kena sihir.

Jika ada haiwan pelik-pelik ada di rumah anda dan badan mula sakit serta rumah tangga huru hara, boleh amalkan doa di bawah ini. Itu merupakan salah satu tanda kena sihir.

Innahu Min Sulaimana wa Innahu Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Kaum Wanita Baca dan Amalkan Doa Ini, Elak Jadi Mangsa Jenayah Rogol

Sumber: Sindo News & Cikgu Charms

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×