Euforia Bola 2026
Nur

Jangan Suka-Suka Kutip Jarum Peniti Terbiar Walaupun Memerlukan, Mungkin Itu ‘Kiriman’ Makhluk Halus!

jarum peniti

Mengutip jarum peniti atau jarum jahit yang ditemui secara kebetulan, terutama di tempat yang tidak disangka seperti di halaman rumah, depan pintu, atas bumbung, dalam bilik air sering dikaitkan dengan perkara misteri.

Perkara misteri yang dimaksudkan sudah tentunya ada kaitan dengan gangguan makhluk halus, terutama dalam kepercayaan orang Melayu dan dalam Islam sendiri. Seram bukan? Jadi berikut adalah penjelasan dari dua sudut logik dan mistik.

Baca juga: Cara Elak Kena Sihir Melalui Gambar, Ikut Panduan Ini Sebelum Muat Naik Di Media Sosial

JANGAN KUTIP JARUM PENITI KALAU TERJUMPA DI TEMPAT ANEH, RISAU…

jarum peniti

Topik berkaitan kutip jarum peniti ini juga turut dikongsikan oleh seorang wanita dalam video TikTok @junaidah_ayuu dan mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Penjelasan dari sudut logik adalah bahaya dari segi fizikal:

  • Jarum boleh tercucuk, menyebabkan luka atau jangkitan
  • Jika berkarat, risiko tetanus adalah tinggi
  • Kemungkinan perbuatan khianat
  • Ada orang sengaja meletakkan jarum atau objek tajam untuk mencederakan orang lain
  • Mungkin juga ia tertinggal secara tidak sengaja oleh penjahit atau sesiapa

Dari sudut mistik atau kepercayaan orang lama Melayu adalah berkaitan tanda sihir atau gangguan:

  • Dalam amalan ilmu hitam, jarum sering digunakan untuk menyampaikan niat jahat. Contohnya sihir santau, pelalau, atau penghalang rezeki.
  • Meletakkan jarum di kawasan rumah orang lain boleh jadi satu cara ‘menyampaikan’ sihir.
  • Petanda makhluk halus
  • Jika sering jumpa jarum di tempat pelik dan berulang kali, orang lama percaya itu amaran atau tanda kewujudan jin/saka/sihir.
  • Ada juga yang percaya jarum yang dijumpai tiba-tiba tanpa penjelasan logik itu ‘diturunkan’ oleh makhluk halus.
  • Gangguan rumah tangga atau rezeki
  • Dikatakan, jika jarum ditemui dekat pintu rumah atau bilik tidur, itu boleh mengganggu penghuni rumah dari segi emosi, kesihatan, dan rezeki.

Apa Perlu Buat Kalau Jumpa Jarum?

jarum peniti

Foto: Canva

1. Jangan kutip dengan tangan kosong. Guna tisu, penyapu atau sarung tangan.

2. Baca doa pelindung seperti Ayat Kursi dan surah Al-Falaq dan An-Naas.

3. Buang jauh atau lupuskan dengan cara selamat (bakar atau buang dalam sungai yang mengalir).

4. Periksa rumah, kalau sering berlaku, boleh panggil ustaz untuk rukyah atau bersihkan rumah secara rohani.

Ada juga komen dari kalangan netizen yang pernah mengalami situasi yang sama. Terjumpa jarum peniti ini juga sama seperti anda terjumpa duit syiling yang entah datang dari mana.

“Dekat rumah saya tetiba ada jarum peniti, sedangkan suami dah cakap dia dah tengok tempat tu tak jumpa dan nampak pulak. Dekat saya tetiba dari jauh bersinar-sinar! Mula-mula fikir yang sendiri jatuh ke, atau tetamu, tapi keesokkan hari masih ada di tempat yang sama, sedangakn saya dah sapu dan mop serta vakum. Ada yang pesan ambil buang tapi jangan sentuh dengan tangan dan berlapik..”– netizen.

“Saya pernah jumpa jarum jahit besar sangat. Dekat luar rumah saya, saya tak kutip saya sapu je sebab risau orang terpijak,”– netizen.

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

Sumber: Tiktok @junaidah_ayuu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×