Tanpa kita sedar, ada ibu bapa abaikan anak walaupun mereka menyangka sudah memberikan yang terbaik dalam membesarkan si kecil.
Jadi, di bawah ini penulis kongsikan tanda anda ibu bapa abaikan anak dan gagal dalam mendidik insan tersayang. Kalau ada tanda ini, kena perbaiki diri!
Baca juga: Jangan ‘Give Up’ Hantar & Ambil Anak Balik Sekolah, Momen Paling Ibu Rindu Bila Anak Dah Besar
TANDA IBU BAPA ABAIKAN ANAK & GAGAL JAGA MEREKA

Freepik
Ramai ibu bapa rasa mereka dah buat yang terbaik, tapi hakikat sebenarnya anda mengabaikan anak tanpa sedar.
Pengabaian bukan sekadar tak bagi makan atau tempat tinggal, ini juga dikira pengabaian:
1. Tidak peduli anak buat kerja sekolah atau tidak.
2. Biarkan anak pakai baju yang sama berkali-kali sebab malas nak urus baju.
3. Hanya seorang ibu/bapa yang buat semua kerja seorang diri, sementara yang tain lepas tangan, goyang kaki urus diri sendiri.
4. Anak selalu ponteng atau selalu lambat ke sekolah/kindergarten sebab ibu bapa tidak tahu urus masa.
5. Tak ambil peduli tentang aktiviti sekolah (contoh: potluck, hari pakaian tema, mesyuarat ibu bapa) kerana anggap benda ini remeh.
6. Tiada ‘bonding time’ dengan anak. Anak dibiarkan buat apa sahaja tanpa perhatian.
7. Anak ‘picky eater’, tapi ibu bapa pun tak peduli nak bagi makanan seimbang. Jarang makan a proper meal.
8. Anak sepahkan rumah orang lain, tapi ibu bapa tak ambil tanggungjawab untuk bersihkan.
9. Bila ditegur, jawabnya “biasalah budak-budak” tapi langsung tak pernah ajar mengenai disiplin.
10. Langsung tak ajar anak rutin & disiplin untuk mandi-anak hanya mandi sekali sehari atau tak mandi langsung dalam cuaca panas dan lembap.
Kalau ada satu pun yang anda buat, ketahuilah masih belum terlambat. Seorang anak tak selalu akan beritahu yang mereka rasa terabai tetapi pasti akan diingat sehingga besar nanti. Mereka mungkin simpan luka yang anda tak nampak atau membesar dengan penuh dendam.
Jangan tunggu sampai anak dah tak pandang anda untuk kasih sayang dan jangan tunggu anak membesar dengan hati yang kosong sebab kecuaian diri sendiri.
Baca juga: Sikap Ibu Yang Penyabar Jangan Dicabar, Boleh ‘Tempeleng’ Anak Tanpa Niat Bila Lalui 5 Masalah Ini!
Sumber: Itsnrlsha
