Euforia Bola 2026
Famili

Budak 7 Tahun Terketar-Ketar Ditinggalkan Bapa Tepi Lebuh Raya, Hukuman Sebab Bergaduh Dengan Abang

bapa tinggal anak

Kejadian luar biasa di wilayah Xinjiang baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang bapa tinggal anak lelakinya sebagai hukuman kerana bergaduh dengan abang. Kisah ini dilaporkan portal berita luar negara dan menarik perhatian seluruh dunia.

Ada dalam kalangan warganet menyatakan bahawa hukuman ini ekstrem namun mungkin boleh menjadi salah satu ‘jalan keluar’ dalam mendidik anak supaya tidak membesar menjadi seorang pembuli.

Baca juga: Tidak Pernah Berdendam Dengan Bapa, Gadis Mangsa Simbah Cuka Getah Jalani Pembedahan Hidung

BAPA TINGGAL ANAK TEPI LEBUH RAYA, HUKUMAN SEBAB BERGADUH

bapa tinggal anak

Foto: Weibo

Insiden pada 16 Ogos lalu bermula apabila seorang penunggang motosikal terkejut melihat kanak-kanak kecil berusia sekitar 7 hingga 8 tahun berjalan sendirian di Lebuhraya Kebangsaan China 219.

Apabila ditanya, kanak-kanak itu menceritakan bahawa dia diminta turun dari kereta selepas bertengkar dengan abangnya.

“Abang saya cakap buruk tentang saya, jadi saya pukul dia. Bapa marah, lalu suruh saya keluar dari kereta,” jelasnya polos.

Penunggang motosikal itu segera menghubungi si bapa untuk memastikan anaknya selamat. Mengejutkan, si bapa dengan tenang menjawab:

“Saya tahu. Ibunya sedang berpatah balik untuk menjemput dia.

Ketika itu, lelaki tersebut sudah memandu sejauh 1.5 kilometer dari lokasi anaknya ditinggalkan.

Walaupun dia tampil memohon maaf di media sosial, si bapa tetap mempertahankan tindakannya. Katanya, anaknya sudah diberi dua kali amaran sebelum hukuman itu dijatuhkan.

Walaupun ada yang terima dengan hukuman yang dibuat bapa ini, namun, ada juga sebagian netizen tidak begitu setuju. Ramai berpendapat tindakan meninggalkan anak kecil di lebuh raya sangat berbahaya dan ada banyak cara lain yang lebih selamat untuk mendisiplinkan anak.

bapa tinggal anak

Foto: Weibo

*Mungkin agak keterlaluan ya?

Baca juga: Selain Zara Qairina, Ini Kes Kubur Digali Semula Pernah Buat Di Malaysia…Antara Misteri & Keadilan?

Sumber: Kosmo, MustShareNews

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×