Euforia Bola 2026
Famili

“Tak Sangka Seorang Diri..”- Rindu Isteri Tak Pernah Padam, Abah Ini Peluk Batu Nisan Undang Sebak Warga Maya

cinta sejati

Perkongsian seorang anak di media sosial baru-baru ini menyentuh hati ramai apabila ayahnya yang sudah berusia dilihat memeluk batu nisan pusara arwah isterinya, wanita yang dianggap sebagai cinta sejati dalam hidupnya serta ibu kepada anak yang berkongsi kisah tersebut.

Melalui perkongsian tersebut, ayahnya itu meluahkan bahawa dia tidak pernah menyangka akan menghadapi hari tua seorang diri.

Baca juga: “Dia Uruskan Semua Walau Bukan Wali…” Kisah Abang Ipar 21 Tahun Jaga Adik-Adik Arwah Isteri Buat Ramai Tersentuh

KISAH CINTA SEJATI, PELUK BATU NISAN LEPASKAN RINDU

cinta sejati

Foto: Threads @danialhakimramle

Menurutnya ayahnya, sepanjang hidup bersama isterinya dahulu, dia selalu membayangkan mereka akan menempuh hari tua bersama seperti keluar makan bersama, pergi ke masjid, dan berjalan-jalan selepas anak-anak semuanya sudah dewasa.

Namun siapa sangka, takdir berkata sebaliknya. Arwah isterinya telah terlebih dahulu dijemput Ilahi dan kini sudah 6 bulan berlalu sejak pemergiannya.

Menurut perkongsian itu lagi, sejak pemergian arwah isterinya, kubur tersebut seolah-olah menjadi rumah kedua buat ayahnya.

Lebih menyentuh hati, menurut cerita yang dikongsikan, setiap malam ayahnya juga akan tidur bersama tudung sarung dan jubah milik arwah isterinya.

Barang-barang itu menjadi pengubat rindu buatnya, seolah-olah masih ada sedikit kehadiran isterinya yang menemani hari-hari yang kini terasa sunyi.

Kubur Menjadi Rumah Kedua, Peluk Batu Nisan, Ramai Tersentuh…

cinta sejati

Foto: Threads @danialhakimramle

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai netizen yang turut sama tersentuh melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh ayahnya terhadap arwah isterinya.

Ada yang mengatakan bahawa kisah ini membuktikan bahawa cinta sejati sebenarnya masih wujud, walaupun pasangan telah pergi meninggalkan dunia.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar ayahnya diberikan kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi kehilangan besar dalam hidupnya.

Sesungguhnya, kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Namun kenangan yang ditinggalkan akan sentiasa hidup dalam hati mereka yang pernah mencintai dengan sepenuh jiwa.

Baca juga: “Anak Menyusu Ibu Yang Dah Pergi..”- Permintaan Sunting Gambar Arwah Isteri Buat Ramai Sebak, Rupanya Ini Kisah Sebenar

Sumber: Threads @danialhakimramle

FT Images: Threads @danialhakimramle

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×