Euforia Bola 2026
Sihat

Selalu Mengantuk Tak Kira Masa Rupanya Tanda Apnea Tidur, Kalau Biarkan Boleh Ragut Nyawa!

apnea tidur

Menerusi laman Facebook milik Dr Nurul Yaqeen, dia ada kongsikan satu kisah berkaitan apnea tidur yang dialami oleh seorang lelaki berusia lingkungan 40-an.

Jelasnya masalah apnea tidur ini sering dianggap biasa namun sebenarnya boleh meragut nyawa jika tidak diatasi. Ikuti perkongsian penuh di bawah.

Baca juga: Berat Mata Memandang Keadaan Badan, Lebih Berat Lutut Nak Tampung!

TANDA APNEA TIDUR, NAMPAK SIMPLE TAPI BAHAYA

APNEA TIDUR

Freepik

“Doktor, saya selalu mengantuk, saya ada masalah apnea tidur ke”

Seorang lelaki dalam lingkungan 40-an berdiri di hadapan pintu, wajahnya lesu, mata sedikit merah. Aku mengenalinya—Encik Faris, seorang eksekutif di syarikat besar yang pernah datang ke klinik beberapa bulan lalu kerana masalah batuk malam.

“Encik Faris, apa masalahnya?”

“Doktor… saya rasa ada sesuatu yang tak kena dengan saya. Saya selalu mengantuk, terutamanya di awal pagi, walaupun saya tidur lebih dari 8 jam. Di tempat kerja pun susah nak fokus dan saya cepat marah tanpa sebab.

“Yang paling saya risau, saya selalu tertidur masa meeting, doktor. Malu betul bila bos tegur depan semua orang. Paling teruk, dah 2-3 kali saya hampir accident sebab tiba-tiba ‘terlelap’ beberapa saat semasa memandu.

“Isteri saya… dia kata saya berdengkur kuat setiap malam. Kadang-kadang dia terjaga sebab saya tiba-tiba senyap lama, lepas tu tersedak macam tengah lemas.”

Semua tanda-tanda ini menunjukkan kemungkinan besar mengalami Obstructive Sleep Apnoea (OSA). OSA berlaku bila saluran pernafasan tersumbat semasa tidur, menyebabkan otak kekurangan oksigen dan tidur terganggu berulang kali tanpa kita sedar.

Tanda anda alami gangguan tidur

  • Dengkur kuat setiap malam
  • Tersedak atau terjaga dengan rasa sesak nafas ketika tidur
  • Mengantuk melampau di siang hari walaupun cukup tidur
  • Sukar fokus dan mudah marah
  • Kerap terlelap tanpa sedar (microsleep), terutamanya ketika memandu

Jika anda atau orang tersayang mengalami gejala ini, jangan tunggu! Dapatkan pemeriksaan segera. Sleep apnoea boleh membawa maut jika tidak dirawat.

– Jangan anggap mengantuk berlebihan sebagai perkara biasa kerana ia mungkin petanda sleep apnoea yang boleh meragut nyawa.

– Microsleep bukan sekadar letih – Ia boleh menyebabkan kemalangan jalan raya yang mengorbankan nyawa anda dan orang lain.

– Rawatan ada dan berkesan jika anda berdengkur kuat dan selalu letih walaupun cukup tidur, dapatkan pemeriksaan sleep study segera.

Jangan biarkan apnea tidur meragut nyawa anda. Ambil tindakan hari ini.

Baca juga: Doktor Kongsi Jenis Sayur Yang Bahaya Makan, Boleh Jadi Punca Darah Beku & Batu Karang!

Sumber: Facebook Dr Nurul Yaqeen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×