Bahaya tali layang-layang yang melintang di jalan raya bukan lagi perkara kecil yang boleh dipandang ringan.
Insiden terbaru di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Tasik Metropolitan Kepong menjadi bukti nyata apabila seorang penjawat awam, Muhammad Faris Rosaidee, 27, nyaris maut selepas lehernya tersangkut tali layang-layang ketika menunggang motosikal.
Baca juga: Risau Ramai Islam Terjebak Trend “S-Line” Simbol Pengalaman Seksual, Seakan Bangga Dedah Aib!
NYARIS MAUT GARA-GARA TALI LAYANG-LAYANG

Tangkap layar dari story Instagram yang dimuat naik Muhammad Faris Rosaidee.
“Saya tak boleh berhenti sebab kiri kanan kereta, cuma boleh perlahankan motosikal dan tunggu tali dekat leher putus sendiri,” kata Muhammad Faris menceritakan detik cemas yang dialaminya.
Kejadian berlaku sekitar jam 6 petang Ahad, ketika Muhammad Faris dalam perjalanan dari Batu Caves menuju Bandar Sri Damansara.
Seperti biasa, dia menggunakan laluan utama MRR2 sebelum insiden yang hampir meragut nyawanya itu berlaku.
Menurutnya, dia mula merasakan sesuatu menyentuh badan sebelum tiba-tiba tali layang-layang melilit lehernya.
“Saya tak nampak tali itu. Saya rasa, mula-mula ia singgah di badan, kemudian naik ke paras dada hingga leher.
“Ada tiga lapisan kain di badan iaitu jaket, baju dan beg galas. Ketiga-tiganya koyak sehingga terkena kulit bahu sedikit,” katanya.
Mujur, katanya, dia memakai penutup muka khas yang turut melindungi bahagian leher. Walaupun tali itu sempat melukakan kulitnya, kecederaan yang dialami hanya melecur ringan.
“Doktor kata cuma lapisan pertama kulit yang terjejas, macam melecur… tak berdarah pun dan saya sudah ke klinik berhampiran untuk rawatan,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
Muhammad Faris juga telah membuat aduan rasmi kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selain laporan polis susulan kejadian itu.
Baca juga: Kronologi Detik Cemas Kanak-Kanak Lemas Di Kolam Homestay Melaka, Disahkan Meninggal Dunia!

Malah, mangsa turut menunjukkan baju, jaket dan tali beg galasnya koyak selepas terkena tali layang-layang ketika melalui MRR2.
Dia percaya kejadian seumpama ini bukanlah sesuatu yang terpencil, malah ada beberapa kes lain dilaporkan sebelum ini.
Malah berharap pihak berkuasa dapat menetapkan zon khas untuk aktiviti bermain layang-layang di kawasan lapang, bukan berhampiran jalan raya yang sibuk.
“Saya buat video itu untuk kesedaran… saya risau kalau berlaku kepada orang lain nanti,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa mengesahkan insiden tersebut.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 80 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membahayakan pengguna jalan raya.

Mangsa yang melalui jalan berhampiran Taman Layang-Layang Metropolitan Kepong baru-baru ini.
Baca juga: Tular Pelajar Cemerlang Tingkatan 1 Maut Terjatuh Bangunan Asrama & Timbul Dakwaan Arwah Dibuli!
Sumber: Harian Metro / Sinar Harian
FT Image: Muhammad Faris Rosaidee
