Euforia Bola 2026
Famili

Pemandu Teksi Luah Rasa Kecewa, Ramai Pelajar Universiti ‘Scan’ Kod QR Tapi Tak Bayar Tambang!

TAMBANG TEKSI

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, dia meluahkan rasa kecewa apabila mendapati segelintir pelajar universiti tidak membayar tambang teksi yang mereka naiki.

Wanita ini mendengar rintihan seorang pak cik yang juga bergelar pemandu teksi dan kecewa kerana sering ditipu oleh pelajar universti yang menggunakan perkhidmatannya.

Baca juga: Pemungut Kelapa Sawit Disaman Kerana Komen Lucah Gambar Anak Dr Amalina , “Saya Janji Tak Buat Lagi…”

PAK CIK KECEWA RAMAI PELAJAR UNIVERSITI TIPU BAYAR TAMBANG TEKSI

TAMBANG TEKSI

Sekadar gambar hiasan

Wanita yang dikenali sebagai Dila itu menaiki teksi pak cik berkenaan untuk pulang ke rumah. Namun, tidak menyangka akan mendengar kisah pilu ini ketika berada di dalam teksi berkenaan.

Dapat di lihat di dalam video berkenaan, wanita berkenaan memakai tudung berwarna pink dan merakam perbualan mereka berdua ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Saya terlalu malas untuk booking dan menunggu Grab, jadi saya ambil teksi dari stesen LRT ke rumah. Kesian pak cik teksi tu, dia cerita yang dia selalu kena tipu dengan pelajar universiti. Mereka pura-pura imbas kod QR, tapi sebenarnya langsung tak bayar tambang pun.

“Pak cik tu tak kisah pun kalau memang betul-betul tak ada duit nak bayar, tapi biarlah jujur. Berapa sangatlah yang pak cik ni dapat dengan adanya penyedia perkhidmatan lain.

“Pak cik tu nampak kecewa. Kenapa orang yang berpendidikan tinggi sanggup menipu orang tua yang hanya nak cari rezeki sedikit demi sedikit? Sedih bila fikir, sebab kita patut ada belas kasihan. Boleh pula tipu dia. Kalau aku jadi kakak dia, memang dah kena pang,” luah wanita berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen video berdurasi kurang satu minit, rata-rata meluahkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir pelajar universiti yang tidak bertanggungjawab.

“Betul tu. Ayah saya pun pemandu teksi dan dia pernah cakap ada pelajar yang pura-pura suruh dia tunggu, kononnya nak pergi beli air di kedai mamak. Siap tanya lagi, “Pak cik nak air apa?” Tapi lepas tu, ayah saya tunggu hampir 30 minit, langsung tak muncul-muncul.

“Ayah saya tunggu sebab dia macam tak nak percaya yang dia dah kena tipu, sebab umur pelajar tu lebih kurang umur saya. Jadi, dia nampak diri saya dalam mereka, sebab tu dia percaya. Tapi memang dia kena tipu. Tak baik buat macam tu,” luah pengguna yang lain.

Baca juga: Anak Kena Tampar Dengan Cikgu Tapi Si Ayah ‘Balas’ Cara Matang, Tak Ada Guna Kekerasan!

Sumber: TikTok Dila Dilala

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×