Euforia Bola 2026
Nur

Individu Kena ‘Basuh’ Lepas Komen, “Taat Kepada Suami Itu MUTLAK Biarpun Dia Jahat Sekalipun!”

taat kepada suami

Satu komen yang dikongsikan seorang Pakar Motivasi, Fadzli Aziz baru-baru ini, mengenai isu taat kepada suami telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai. Di mana, ayat tersebut berbunyi “taat itu satu kewajipan mutlak bagi seseorang isteri tak kira suami jahat sekalipun.”

Secara tidak langsung, komen yang ditinggalkan itu telah membuatkan saudara Fadzli turut sama memberikan pandangan mengenai apa yang dimaksudkan dengan taat mutlak yang sebenar-benarnya.

Baca juga: Stylist Lelaki Pakaikan Hijab, Wanita Ini Tegur “JANGAN Biarkan Ia Jadi Perkara Normal”!

TAAT KEPADA SUAMI BUKAN MUTLAK

taat kepada suami

Gambar: Komen yang ditinggalkan seorang warga maya yang dikongsikan semula Fadzli Aziz.

Saya bimbang dan risau hari ini, apabila ramai lelaki yang ada cara berfikir macam ini. Tak kira suami jahat macam mana pun isteri kena taat.

Maka, si lelaki dia buatlah apa yang dia nak buat. Seperti contoh langgan pelacur, ada skandal, berjudi, rampas duit isteri, tak bagi nafkah, edar dadah dan macam-macam lagi.

Tapi pada masa yang sama merasakan isteri wajib taat walau apa jua keadaan dia. Ketaatan pada suami adalah MUTLAK.

Maka, diberilah contoh Firaun dan Asiah untuk membenarkan hujahnya. Diberilah lagi contoh Nabi Noh yang baik tapi tetap isteri tidak taat.

Setiap hari saya dimaki oleh beberapa lelaki hanya kerana saya menyatakan ANTARA punca kenapa ada isteri yang tidak taat pada suami adalah kerana suami tidak berfungsi sebagai suami dan tiada daya kepimpinan.

Kemudian, saya dituduh menjadi punca penceraian mereka, menyebabkan perempuan untuk lawan suami, menyebabkan isteri jadi curang.

Hehehe terasa macam hebat sangat pula. Semua yang berlaku dalam keluarga dia, saya jadi punca sedangkan kenal pun tidak. Aduh.

Baca juga: 28 Tahun Tak Daftar Nikah, Cerai Rujuk Pun Tak Ingat Berapa Kali & Kini Nasab 10 Anak Diragui!

Baca juga: Ibu Baru Bersalin Terkejut Disuruh Mandi Wiladah Jam 4 Pagi, Mufti Jelaskan Bila Waktu Mandi Wajib

Pemikiran ‘submissive’ suami meletakkan isteri sebagai objek atau  hamba

Pemikiran sebeginilah yang sangat saya risaukan dalam keluarga. Pemikiran submissive sebegini akan meletakkan isteri hanya menjadi objek, hamba dan bukan insan.

Kalaulah ketaatan pada suami adalah mutlak, mana mungkin Islam wujudkan penceraian. Apatah lagi Islam ada fasakh dalam perkahwinan.

Ramai yang sibuk memberi contoh Firaun dan Asiah hanyalah semata untuk menyalahkan pasangan tanpa perlu muhasabah diri.

Kenapa nak ikut contoh Firaun dan Asiah sedangkan kita ada contoh Nabi Muhammad SAW dan para Isteri Baginda?

Pemikiran submissive sebeginilah yang melahirkan pendera dalam rumah tangga, menghasilkan anak-anak yang trauma dengan keganasan ayah, yang boleh buat apa sahaja.

Ketaatan yang MUTLAK hanya pada Allah SWT bukan suami!

Saya jelas dengan bagaimana Nabi SAW meletakkan ketaatan suami adalah hal yang sangat tinggi dalam keluarga. Tetapi ianya bukan bersifat MUTLAK.

“KETAATAN YANG MUTLAK HANYA PADA ALLAH”

Wallahuaalam.

Baca juga: Awak Yang Bujang Jangan Kalut Nak Kahwin, Ini Prof Kongsi 5 Teknik ‘Simulasi’ Pilih Pasangan Hidup!

Sumber: Fadzli Aziz

FT Image: Google / Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×