Euforia Bola 2026
Nur

Ibu Tetap Syurga, Suami Pula Ketua Keluarga…Jadi Siapa Patut Didahulukan Selepas Kahwin?

TAAT SUAMI

Persoalan sama ada seorang wanita yang telah berkahwin perlu mengutamakan taat suami atau ibu kandung sering menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa kedudukan seseorang wanita berubah selepas mendirikan rumah tangga.

Baca juga: Ada Penjelasan Kenapa Sebut ‘Amin’ Selepas Baca Al-Fatihah, Ini Hukum & Maksudnya

TAAT SUAMI ATAU IBU KANDUNG? INI JAWAPANNYA

TAAT SUAMI

Kredit: Magnific

Menurut beliau, sebelum berkahwin, seorang anak perempuan wajib mentaati ibu bapanya. Namun selepas bernikah, suami menjadi individu yang lebih berhak untuk ditaati selagi tidak melibatkan perkara yang bercanggah dengan syariat.

Beliau turut memetik hadis Rasulullah SAW:

“Jikalau aku boleh memerintahkan seseorang itu sujud bagi seseorang nescaya sudah aku perintahkan para isteri itu sujud bagi suaminya.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Menurut penjelasan ulama, hadis tersebut menunjukkan betapa besarnya hak seorang suami ke atas isterinya, bukan bermaksud sujud kepada selain Allah dibenarkan kerana sujud hanya layak dilakukan kepada Allah SWT.

Dalam perkongsian itu, Ustaz Azhar Idrus turut menukilkan pandangan Imam Ahmad yang menyatakan bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah lebih utama berbanding kepada ibunya.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan bahawa seorang suami juga mempunyai tanggungjawab untuk berbakti dan mentaati ibunya.

Beliau turut membawakan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Manusia yang paling besar haknya ke atas wanita ialah suaminya, manakala manusia yang paling besar haknya ke atas lelaki ialah ibunya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i)

TAAT SUAMI

Kredit: Gemini AI

Ketaatan hanya dalam perkara yang tidak bercanggah dengan syariat

Dalam masa sama, Ustaz Azhar Idrus menegaskan bahawa ketaatan kepada suami mahupun ibu bapa mempunyai batasnya.

Sekiranya sesuatu arahan melibatkan perkara haram atau maksiat, maka seseorang itu tidak dibenarkan mentaatinya kerana tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang melanggar perintah Allah SWT.

Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya memahami kedudukan hak setiap individu dalam keluarga berdasarkan panduan syariat agar tidak berlaku kekeliruan mengenai tanggungjawab seorang suami atau isteri.

Baca juga: Dibesarkan Sejak Kecil, Tetapi Rupanya Anak Luar Nikah… Ini Status Mahram & Hukum Sentuh Bapa Tiri

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×