Solat sunat ialah ibadah yang mendapat pahala jika dikerjakan dan tidak mendapat dosa jika ditinggalkan bagi penganut agama Islam. Justeru itu, berikut merupakan susunan solat sunat yang boleh dilakukan bermulanya pada awal pagi yang hening sehingga terbenamnya matahari seperti dikongsikan Mohd Nizam.
Baca juga: 9 Petua & Doa Untuk Pasangan Saling Mencintai, Biar Mekar Hingga Hujung Nyawa!
SUSUNAN SOLAT SUNAT

Gambar: mandiriamalinsani
SUSUNAN SOLAT-SOLAT SUNAT
1. Awal pagi sebelum masuk Subuh
Tidur sebentar dan kemudian bangun malam seawal 2 pagi – 5 pagi (sebelum masuknya waktu subuh). Pilihlah mana-mana solat yang dihajati:
- Solat sunat Wuduk
- Solat sunat Tahajud
- Solat sunat Taubat
- Solat sunat Tasbih
- Solat sunat Hajat
- Solat sunat Istikharah
- Solat sunat Witir
2. Sebelum waktu Subuh
- Solat sunat Fajar
3. Selepas azan Subuh
- Solat sunat Subuh
- Solat fardu Subuh (bacaan terbaik ialah Surah Waqiah)
4. Jam 7.15 pagi – 8.15 pagi
- Solat sunat Isyrak
5. Waktu 8.15 pagi – 11.00 pagi
- Solat sunat Dhuha
Baca juga: Ini 6 Amalan Boleh Buat Semasa Dalam Kenderaan, Agar Beroleh Berkat!
Baca juga: Dah Lafaz Cerai Tapi Belum Disahkan Di Mahkamah, Boleh Bersetubuh Ke?

Gambar: Mohd Nizam
6. Apabila tergelincir matahari
- Solat sunat Zohor
- Solat fardu Zohor
- Solat sunat selepas Zohor
7. Selepas azan Asar
- Solat sunat Asar
- Solat fardu Asar
8. Selepas azan Maghrib
- Solat sunat Maghrib
- Solat fardhu Maghrib
- Solat sunat selepas Maghrib
- Solat sunat Awwabin
- Solat sunat Taubat
9. Selepas azan Isyak
- Solat sunat Isyak
- Solat fardu Isyak
- Solat sunat selepas Isyak
- Solat sunat Witir
10. Hari Jumaat
- Solat sunat Tahiyatul Masjid (apabila tiba di masjid)
- Solat sunat Wuduk
- Solat sunat Taubat
Bersama kita istiqamah mengamalkannya. Aamin!
Baca juga: Nak Nikah Dalam Masjid TAPI Tengah Haid, Ini Hukumnya Pengantin Perempuan Kena TAHU!
Sumber: Mohd Nizam
FT Image: EnsiklopediaMuslim / Shutterstock – Yongkiet Jitwattanatam
