Euforia Bola 2026
Asuh

Bayi Sesak Nafas & Bertukar Biru Selepas Minum Susu Formula! Rupanya Dibancuh Dengan Jus Sayur

SUSU FORMULA

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan di China terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami keracunan nitrit akibat diberikan susu formula yang dibancuh menggunakan jus sayur-sayuran menggantikan air.

Menurut laporan media tempatan, bayi tersebut dikejarkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Zhongshan di wilayah Guangdong selepas mengalami kesukaran bernafas selain perubahan warna kulit dan mulut menjadi kebiru-biruan.

Baca juga: “Bawa Kereta Elok-Elok…”– 15 Ayat Ayah Yang Selalu Diulang, Bila Dah Tak Ada Baru Tahu Betapa Rindunya

BAYI 3 BULAN MASUK ICU, SUSU FORMULA DICAMPUR JUS SAYUR

SUSU FORMULA

Kredit: Magnific

Ibu bapanya memaklumkan bahawa simptom berkenaan muncul tidak lama selepas bayi itu meminum susu formula yang disediakan di rumah.

Mereka mengakui telah menggunakan jus sayur-sayuran sebagai ganti air ketika menyediakan susu formula kerana percaya ia lebih berkhasiat dan mampu memberikan nutrien tambahan kepada bayi.

Hasil pemeriksaan mendapati bayi tersebut mengalami keracunan nitrit, iaitu sejenis bahan kimia yang boleh terbentuk dalam kuantiti tinggi apabila sayur-sayuran direbus terlalu lama.

Doktor menjelaskan bahawa jus daripada sayur yang direbus berpotensi mengandungi kandungan nitrit yang tinggi. Apabila digunakan untuk membancuh susu formula, ia boleh mendatangkan risiko serius kepada kesihatan bayi, terutama yang masih terlalu muda.

Selepas menerima rawatan selama dua hari, keadaan bayi berkenaan dilaporkan stabil dan dibenarkan pulang dari hospital pada pertengahan Jun lalu.

SUSU FORMULA

Kredit: Magnific

Pakar perubatan menjelaskan bahawa sistem pencernaan dan buah pinggang bayi berusia tiga bulan masih belum berkembang sepenuhnya.

Keadaan itu menyebabkan tubuh mereka tidak mampu memproses kandungan nitrat yang tinggi dengan berkesan. Apabila nitrit memasuki aliran darah, ia boleh mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen ke seluruh badan.

Akibatnya, bayi boleh mengalami simptom seperti bibir, kulit dan kuku bertukar warna kebiruan atau keunguan, selain mengalami sesak nafas dan kelemahan fizikal.

Susulan kejadian tersebut, doktor mengingatkan ibu bapa supaya hanya menggunakan air suam yang bersih ketika menyediakan susu formula bayi.

Mereka turut menasihatkan agar tidak menggantikan air dengan jus sayur, air beras, jus buah-buahan atau sebarang jenis sup kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan bayi.

Baca juga: Daun Pampas Dibeli Online Didakwa ‘Berpenunggu’, Wanita Cerita Alami Gangguan Selepas Letak Di Rumah

Sumber: SCMP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×