Euforia Bola 2026
Famili

Surat Ringkas Budak 10 Tahun Minta Pluto Jadi Planet Semula Terima Respons NASA, Comel & Bijak!

surat ringkas

Dalam era media sosial hari ini, satu surat ringkas daripada seorang kanak-kanak berusia 10 tahun berjaya mencuri perhatian dunia selepas gambar berisi surat tangannya dikongsi di platform X.

Sebelum ia menerima respons balas daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) sendiri.

Baca juga: “3 Hari Berturut Makan Kek”- Ibu Kongsi Tarikh Lahir Anak Dekat Dekat, Netizen Cakap Senang Nak Sambut!

MOMEN MANIS SURAT RINGKAS KANAK-KANAK TERIMA RESPONS NASA

surat ringkas

Perkongsian itu dibuat oleh akaun X @tropicalupdate yang memuat naik gambar surat tulisan tangan seorang kanak-kanak bernama Kaela.

Dalam ciapan tersebut, pemilik akaun memaklumkan bahawa surat itu ditujukan kepada NASA, selain menyifatkan mesej yang ditulis sebagai sesuatu yang terlalu comel untuk tidak dikongsikan.

“Dear @NASA .From 10 year old Kaela. She is mailing to you today. Too cute not to post. She and her family are friends of ours. #bringplutoback,” ciap @tropicalupdate di X.

Perisian surat tersebut secara tidak langsung menghidupkan semula perbincangan lama mengenai status Pluto dalam sistem suria.

Pluto sebelum ini dikenali sebagai planet kesembilan sebelum diklasifikasikan semula sebagai planet kerdil oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) pada tahun 2006.

Penurunan status itu berlaku kerana Pluto tidak memenuhi semua kriteria sebuah planet, khususnya dari segi keupayaan untuk “membersihkan orbit” di kawasan sekelilingnya walaupun mempunyai bentuk sfera.

Baca juga: “Bukan Sebab Contact Lens”- Tular Kisah Pengantin Wanita Bersanding Tutup Mata, Kongsi Punca Sebenar!

surat ringkas

Respons NASA yang mencuri perhatian ramai

Apa yang menjadikan kisah ini lebih menarik ialah respons ringkas daripada pihak NASA sendiri melalui akaun rasmi mereka di platform X. Dalam balasan tersebut, NASA menulis,

“Kaela – We are looking into this,” yang secara tidak langsung menunjukkan bahawa mesej kanak-kanak itu mendapat perhatian daripada agensi angkasa terkemuka dunia.

Respons tersebut kemudiannya menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial yang melihatnya sebagai satu bentuk galakan terhadap minat kanak-kanak dalam bidang sains dan astronomi.

Minat sains boleh bermula daripada persoalan kecil

Ramai warga maya berpendapat bahawa rasa ingin tahu kanak-kanak adalah asas penting kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Walaupun status Pluto masih kekal sebagai planet kerdil mengikut definisi rasmi, perbincangan mengenainya terus hidup dalam kalangan masyarakat umum.

Lebih menarik, kisah ini menunjukkan bahawa surat ringkas seorang kanak-kanak mampu mencetuskan perbualan global, sekali gus menghubungkan generasi muda dengan dunia sains dan organisasi besar seperti NASA.

Baca juga: Reda Bertahun Kehilangan Duit Raya Suami Beri, Wanita Terkejut Jumpa Semula Dalam Penapis Aircond Kereta!

Sumber: X @tropicalupdate & @NASAAdmin

FT Image: X  @tropicalupdate / Wikipedia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×