Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Suami Kerja Jauh Minta Video & Gambar Intim, Isteri Risau Bimbang Jika Ia Tersebar Ke Media Sosial

video intim

Permintaan gambar dan video intim menjadi punca kebimbangan seorang isteri muda, apabila suaminya yang bekerja jauh sering meminta material sensitif itu setiap kali berjauhan. Wanita itu meluahkan rasa risau kerana baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Katanya, dia takut sekiranya bahan peribadi tersebut tersalah guna atau tersebar tanpa sengaja. Namun dalam masa sama, dia tidak mahu menyinggung perasaan suami andai menolak permintaannya.

Baca juga: Faraj Longgar Kerap Buat S*ks Cuma Mitos & Jangan Risau Lahirkan 3.5kg Bayi, Ia Boleh Ketat Semula!

SUAMI PJJ MINTA GAMBAR & VIDEO INTIM, ISTERI LUAH KEBIMBANGAN

video intim

Gambar hiasan: Yahoo! News

“Nak tanya nafsu lelaki memang kuat bila berjauhan (PJJ)? Dia akan minta gambar seksi isteri untuk puaskan nafsu.

“Tak cukup dengan gambar siap video dia nak. Maaf sebab saya baru kahwin takut nanti dia sebar gambar dan video. Bila tak bagi dia cakap saya tak nak layan dia,” luahnya dalam sebuah kumpulan komuniti di Facebook.

Seorang wanita lain tampil memberi respons dan berkongsi pengalaman peribadi sepanjang 11 tahun hidup berjauhan dengan suami yang bekerja di pelantar minyak.

“Suami saya kerja offshore, dia pun pernah minta gambar dan video. Kami sudah 11 tahun berkahwin. Pada awalnya saya tidak mahu beri sebab risau, bukan kerana tidak percaya, tapi takut kalau telefon hilang atau digodam.

“Saya berbincang dengan suami dan akhirnya kami setuju hanya hantar gambar tanpa menampakkan wajah. Selepas itu, suami terus simpan dalam album tersembunyi,” jelasnya.

Baca juga: Isteri Luah Suami Lemah Tenaga Batin, Tak Sampai 2 Saat Dah ‘Kiok’, Doktor Dedah Punca Sebenar

video intim

Perkongsian itu mencetuskan perdebatan di kalangan warga maya. Ramai mengingatkan pasangan PJJ supaya lebih berhati-hati sebelum berkongsi sebarang bahan intim kerana risiko kebocoran maklumat digital semakin besar.

“Jangan, kita pun tak tau jodoh sampai mana. Bukan nak minta yang bukan-bukan tapi untuk ke depan kita tak tahu.”

“Setuju terdedah dengan risiko. Ingatlah langit tak selalunya cerah.”

“Jangan bagi la. Sekarang suami sendiri boleh jual gambar kalau mereka ada akaun dark side,” antara komen warga maya.

Baca juga: Rahsia Buat Hubungan Kekal Sweet Dengan Hanya Bersembang Dalam Gelap, Boleh Ajak Cik Abang Malam Ini

Sumber: MStar

FT Image: TheAsianParentMY

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×