Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Selepas 7 Tahun PJJ, Bahagia Hanya Seketika… Suami ‘Pergi’ Sebulan Selepas Bersatu Akibat Kemalangan

HUBUNGAN JARAK JAUH

Hubungan jarak jauh bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui, apatah lagi apabila pasangan suami isteri terpaksa berjauhan demi tanggungjawab dan komitmen masing-masing.

Itulah yang dilalui oleh Noor Adrina dan arwah suaminya, Koperal Muhammad Ainolalif Md Said menjadi perhatian ramai di media sosial selepas berkongsi kisah berkenaan kehidupan mereka yang melalui fasa hubungan jarak jauh selama tujuh tahun.

Baca juga: Ini 5 Idea Lengkap ‘Prompt’ AI Wajib Cuba Untuk Gambar Raya Lebih Cantik, Macam Photoshoot Profesional!

7 TAHUN HUBUNGAN JARAK JAUH, HANYA SEBULAN ALLAH BAGI ‘PINJAM’

HUBUNGAN JARAK JAUH

Lebih memilukan, mereka baru sahaja disatukan di bawah satu bumbung pada Ramadan lalu setelah sekian lama berjauhan kerana kerja.

Mengimbau kembali rakaman yang pernah tular, Noor Adrina dilihat tidak dapat menahan sebak sambil memegang sekeping kertas yang mengandungi senarai nama suaminya yang berjaya mendapatkan penempatan bertugas berhampiran kediaman mereka.

“Hadiah Ramadan yang paling berharga. Era jarak jauh kita, setelah hampir 7 tahun, akhirnya berakhir. Kebahagiaan yang dahulunya dibatasi oleh jarak kini telah bertukar menjadi kebahagiaan tanpa sempadan. Terima kasih, sayangku kerana tidak pernah berputus asa, kerana berjuang keras hanya untuk kita akhirnya dapat bersama.

Tidak selalu mudah dan jarak tidak selalu baik, tetapi Allah mengetahui hati kita. Allah masih menyayangi kita. Dan hari ini, kita dapat menjalani kehidupan yang telah lama kita nantikan. Alhamdulillah,” luahnya.

HUBUNGAN JARAK JAUH

Dari sudut kerjaya, Allahyarham memulakan perkhidmatan pada 6 Disember 2015 di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Jasin sebelum ditukarkan ke Balai Polis Parit Sulong, Batu Pahat, Johor pada 12 Mac 2026. Sepanjang berkhidmat, arwah dikenali sebagai anggota yang komited, berdedikasi serta disenangi rakan sekerja.

Hakikatnya, bukan semua individu mampu mengharungi hubungan jarak jauh dengan tabah. Namun bagi mereka yang diuji dengan situasi tersebut, kesabaran dan kekuatan menjadi sandaran utama. Apa yang dilalui Noor Adrina jauh lebih berat apabila insan tersayang pergi secara tiba-tiba di saat mereka baru mengecapi kehidupan bersama.

Difahamkan, keputusan untuk menjalani hubungan jarak jauh sebelum ini dibuat demi menjaga bapanya yang uzur selepas pemergian ibu, apatah lagi arwah merupakan anak tunggal dalam keluarga.

Walau perit untuk diterima, kehidupan perlu diteruskan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta beramal soleh. Al-Fatihah.

Baca juga: Dari 10A Hingga 20A! Ini Senarai Pelajar SPM Cemerlang Yang Pernah ‘Menggegarkan’ Negara

Sumber: Threads Noor Adriana & Polis Melaka

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×