Euforia Bola 2026
Famili

Motosikal Bergesel Dengan Treler Sebelum Terjatuh, Suami Meraung Lihat Isteri Digilis Hingga Maut!

digilis treler

Seorang wanita muat digilis treler ketika menunggang motosikal bersama keluarganya, di Jalan Pelabuhan Barat menghala ke Klang, pada Rabu semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 1.20 tengah hari itu, mangsa berusia 30-an menunggang bersama suaminya, 40-an, dan anak perempuan mereka berusia 10 tahun menaiki motosikal jenis SM Sport 110R dari arah Pulau Indah menuju Klang.

Baca juga: Abang 15 Tahun Baca Talkin Dengan Suara Tersekat Hiba Untuk Adik Usia 14, Meninggal Dunia Akibat SLE

SUAMI MERAUNG SAKSI ISTERI MAUT DIGILIS TRELER

digilis treler

Sumber: Media sosial

Rakaman kamera papan pemuka yang tular memaparkan detik pilu seorang lelaki meraung sambil cuba menarik jasad isterinya ke tepi jalan. Dia juga kelihatan bergegas menyelamatkan anak perempuannya yang terjatuh di lokasi sama.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati motosikal keluarga itu dipercayai cuba menyelit di antara beberapa kenderaan berat sebelum bergesel dengan sebuah treler.

“Akibatnya, ketiga-tiga mereka terjatuh ke tengah jalan sebelum mangsa digilis sebuah treler di hadapan dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Suami mangsa yang menunggang motosikal serta anaknya hanya mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu treler tidak cedera.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat. Suami dan anaknya turut menerima rawatan di hospital sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ramli turut menasihati pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal, agar mengutamakan keselamatan dengan tidak memotong secara berbahaya dan sentiasa peka terhadap persekitaran lalu lintas.

Baca juga: Tular Netizen Kongsi Pengalaman Koma Masing-Masing, Ada Yang Trauma Teringat Jeritan Minta Tolong!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Media sosial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×