Tular di media sosial mengenai posting seorang wanita di mana si suami kahwin lain selepas 6 tahun terlantar sakit. Menerusi hantaran itu, Nurul Syazwani mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya di atas perkahwinan bersama isteri baharu.
Dia juga memberi pesanan kepada wanita itu, agar menjaga bekas suaminya dengan baik seperti mana dia pernah lakukan sebelum ini.
SUAMI KAHWIN LAIN SELEPAS SIHAT DARI LUMPUH & KOMA

“Tahniah suami, semoga bahagia dengan pilihan hati aawak. Kepada pengantin perempuan, jagalah dia baik-baik sebagaimana saya pernah jaga dia. Alhamdulillah saya dah selesai dengan dia, sekarang masa untuk awk ambil alih tanggungjawab saya,” luahnya di kapsyen Facebook.
Meninjau ke ruangan Facebook milik Syazwani, dia juga ada ‘throwback’ kisah 6 tahun lepas di mana segalanya bermula iaitu si suami difahamkan mengalami kemalangan motosikal.
Kemalangan tersebut berlaku kerana suaminya mengelak kanak-kanak sedang melintas dan terjatuh. Hentakan kuat di bahagian kepala membuatkan dia kritikal, koma dan lumpuh selama 6 tahun.
Namun, nasib tidak menyebelahi si isteri apabila selepas suaminya sihat, dia memilih untuk berkahwin bersama wanita lain.
“Terima kasih ada yang masih sudi baca cerita kami. Sekarang hanya sejarah yang tercipta setelah bertungkus lumus selama 6 tahun dan 2 tahun sebelum kemalangan. Alhamdulillah puas hati dah jaga dia, sampai masa serahkan satu tanggungjawab besar kepada orang baharu pula,” luah Syazwani.
Hantaran tersebut sudah pastinya meraih perhatian warganet dan dibanjiri komen yang menyifatkan tindakan bekas suaminya itu tidak wajar.
“Bersabar puan. Maaf, saya bercakap dari hati seorang lelaki. Walau saya lelaki, saya juga rasa kecewa dengan sikap lelaki sebegini. Puan telah laksanakan tanggungjawab yang cukup hebat. Allah tahu. Apabila kita mengharapkan daripada manusia, kita kecewa. InsyaAllah, Allah pasti bagi rezeki yang lain untuk puan sekeluarga.
“Betul la suami itu ‘ladang pahala’ bagi isteri yang hebat. Kisah yang sangat menyentuh hati. Tak semua wanita mampu lalui ujian Allah ini. Seorang wanita hebat miliki iman yang kuat.
“Semoga Allah gantikan kebahagiaan sebenar buat mu adik yang hebat. Sesungguhnya kamu adalah bidadari. Ada sebab Allah jauhkan kamu dari manusia yang tidak bermanfaat buatmu. Yakin Allah sebaik perancang,” komen pengguna Facebook.
Baca juga: Nasihat Rumah Tangga Daripada Neelofa & Nora Danish Tarik Perhatian Netizen, Ramai Belum Faham…
Sumber: Facebook Nurul Syazwani
