Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Wanita Simpan Impian Bersanding Pakai Songket, Tapi Lepas 10 Tahun Suami ‘Tunaikan’ Dengan Orang Lain!

KISAH SUAMI CURANG

Seorang wanita di media sosial meraih perhatian ramai selepas mendedahkan kisah suami curang yang menyayat hati kerana memilih untuk menikahi wanita lain.

Kisah ini bukan sekadar tentang kecurangan, tetapi tentang pengkhianatan terhadap sebuah janji, impian dan cinta yang dibina bersama dari titik paling bawah kehidupan.

Baca juga: Ibu Berang Anak Perempuan Dah Setahun Jadi Mangsa Buli Murid Lelaki, Siap Tendang & Hantuk Kepala!

KISAH SUAMI CURANG SELEPAS 10 TAHUN BERKAHWIN

KISAH SUAMI CURANG

Gambar ketika majlis perkahwinan 10 tahun yang lepas

“Dulu aku pernah cakap dan dia pernah angguk setuju. Nanti, bila hidup kita dah senang, kita akan cipta semula moment sanding yang kita tak pernah mampu dulu.

“Kalau kau dah lupa, mari aku ingatkan. Aku masih ingat angan-angan kita. Pakai songket. Berdiri berdua atas pelamin yang indah. Bergambar bagai raja dan ratu sehari. Tapi waktu tu, kita cuma mampu senyum atas pelamin berbusana kan persalinan yang kakak aku buatkan dengan tangan sendir. Pada ketika itu, kita masih merangkak dalam menempa kejayaan di menara gading kerana masa tu kita cuma ada cinta dan niat menghalalkan hubungan lillahi taala,” luahnya.

Namun, pada tahun ke-10 perkahwinan mereka, saat dirinya sedang sarat mengandung dan berada dalam keadaan fizikal serta emosi yang rapuh, dia menerima kenyataan paling pahit dalam hidupnya. Suaminya telah berkahwin lain, dengan alasan bahawa dia kesunyian.

Lebih menyedihkan, si suami memilih untuk memakai songket bersama isteri baharunya seperti impian wanita itu 10 tahun yang lepas.

“10 tahun..aku setia jadi penunggu. Jadi si setia yang lurus percaya. Aku simpan kemas angan-angan tu dalam-dalam. Tahun ke-10..dengan kandungan yang masih sarat dalam rahim aku..dia dengan tanpa ihsan meluahkan bahawa dia dah berkahwin lain demi memenuhi rasa sunyi yang wujud dalam hati dia.

KISAH SUAMI CURANG

Gambar perkahwinan baharu, memakai songket.

“Dan hari ini dia pakai jugak akhirnya songket itu. Bahagia dan naik pelamin tetapi bukan aku yang berdiri di sebelah dia. Bukan aku yang dia tenung sambil senyum. Bukan aku yang dia rangkul kemas di sisi dengan bangga.

“Mungkin perempuan itu lebih layak. Mungkin perempuan tu lebih segalanya. Atau mungkin, aku cuma persinggahan sebelum kebahagiaan sebenar dia datang. Mungkin aku lah yang dikatakan hanya menjaga jodoh orang lain? Aku pernah jadi angan-angan. Tapi hari ni, aku cuma jadi kenangan,” jelasnya.

Perkongsian wanita itu pastinya dibanjiri komen warganet yang tersentuh dengan kisah suami curang itu. Ramai meluahkan rasa simpati selain marah dengan sikap si suami yang sanggup mengkhianati wanita setulus Ain.

Warganet turut mendoakan agar dia terus kuat demi anak, diberi ketenangan hati dan digantikan dengan kebahagiaan yang lebih layak.

Baca juga: 2 Tahun PJJ, Akhirnya Kantoi ‘Housemate’ Suami Rupanya Isteri Orang, Siap Mesej Manja-Manja!

Sumber: Facebook Nurul Ain An-Nashwa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×