Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Bagi Online, Baru Ada Bukti” – Syamsul Debat Pesan Jangan Beri Nafkah Cash, Bila Bergaduh Susah!

SUAMI BAGI NAFKAH

Isu mengenai suami bagi nafkah dalam perkahwinan sering menjadi perbualan kerana masih ada isteri yang ‘tidak bersyukur’ sehingga mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pasanganya.

Menerusi laman TikTok Dakwah Ke Syurga yang diberikan oleh Syamsul Debat, beliau mencadangkan agar suami bagi nafkah secara atas talian.

Baca juga: “2 Tahun Tidur Tak Tutup Lampu..” Luahan Lelaki Selepas Bercerai Dengan Isteri Bikin Sebak!

SUAMI BAGI NAFKAH SECARA ONLINE, BARU ADA BUKTI – SYAMSUL DEBAT

SUAMI BAGI NAFKAH

Video berdurasi kurang dua minit itu menjelaskan kelebihan memberi nafkah secara atas talian adalah pihak suami mempunyai bukti sekiranya berlaku pergaduhan.

“Nasihat saya kepada orang lelaki, jangan bagi ditangan nafkah isteri. Transfer online biar ada bukti. Bila bergaduh, orang perempuan memang lupa. Lebih bagus kalau print penyata akaun sekali. Bila dia mengadu di mahkamah kita ada bukti,” jelasnya.

Beliau turut memberitahu bahawa hakim telah menetapkan bahawa suami bagi nafkah mengikut kemampuan dan bukan hanya memandang kepada kemewahan.

“Hakim tak pernah cakap mesti bagi mewah, hakim suruh suami bagi ikut kemampuan,” katanya ketika satu ceramah diberikan.

Beliau menasihati para isteri di luar sana untuk sentiasa reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Keretakan rumah tangga boleh berlaku sekiranya isteri tidak bersyukur dengan nafkah yang diberikan oleh suami.

Antara sebab kewujudan orang ketiga juga adalah kerana mereka lebih memahami gaya kehidupan si lelaki berbanding isteri sendiri.

“Bila isteri reda atas kesusahan suami walaupun bagi sedikit, terima. InsyaAllah, akan dimurahkan rezeki. Bila isteri ambil ringan, mempertikai, memperlecehkan, tiba-tiba datang orang ketiga yang sanggup bersusah payah dengan suami. Jadilah isteri yang belajar bersyukur,” ujar Syamsul Debat.

Sehingga kini, video tersebut menerima hampir 2 juta tontonan dan sudah pastinya dibanjiri komen daripada warganet yang turut bersetuju dengan idea tersebut.

Rata-rata wanita turut meluahkan bahawa jumlah nafkah yang diberikan oleh suami sentiasa bermakna kepada diri mereka walaupun hanya RM100 sahaja.

Baca juga: Bapa Mentua Hina & Marah Menantu, Gara-Gara Hidang Makanan Ketika Belum Mandi Wajib

Sumber: TikTok Dakwah Ke Syurga

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×