Euforia Bola 2026
Nur

[PART 2] Ini 15 Masjid Dekat Dengan Laluan LRT & Monorel Di Lembah Klang, Mudah Nak Tarawih!

solat tarawih

Tibanya bulan Ramadan, ramai dalam kalangan kita akan berpusu-pusu mengimarahkan rumah Allah iaitu masjid untuk menunaikan solat tarawih. Namun, bukan semua dalam kalangan kita yang mempunyai kenderaan dan tinggal berdekatan dengan masjid bukan?

Jangan risau, dengan adanya pelbagai kemudahan pengangkutan seperti tren MRT, Monorel dan LRT di Lembah Klang ini, jom kita semak laluan LRT dan Monorel yang mana berdekatan dengan masjid untuk awak lakukan aktiviti ‘masjid hopping’!

Baca juga: [PART 1] Senarai Masjid Yang Dekat Dengan MRT Laluan Kajang & Putrajaya, Jalan 10 Minit Je Sampai!

NAK SOLAT TARAWIH DAN BUKA PUASA DI MASJID? INI LALUAN GUNA LRT & MONOREL

solat tarawih

Foto: advisor.travel

Kalau sebelum ini Sirap Limau dah kongsikan laluan masjid yang berdekatan MRT, kali ini kita kongsi yang berdekatan LRT dan Monorel pula!

#LRT KELANA JAYA

1. LRT Hang Tuah (210m) ke Masjid Al-Bukhary

2. LRT Taman Bahagia (300m) ke Masjid Aminah Al-Muhairi

3. LRT Dato Keramat (350m) ke Masjid Al-Akram Datuk Keramat

4. LRT Ara Damansara (350m) ke Surau Al Muhajirin PPR Lembah Subang

5. LRT KLCC (500m) ke Masjid Asy-Syakirin KLCC

6. LRT SS 15 (550m) ke Masjid Darul Ehsan Subang Jaya

7. LRT Kampung Baru (600m) ke Masjid Kampung Baru Jamek

8. LRT Taipan (450m) ke Masjid Al Falah USJ9

9. LRT Masjid Jamek (250m) ke Masjid Sultan Abdul Samad Jamek

10. LRT USJ 21 (650M) ke Masjid Al-Madaniah

11. LRT Kerinchi (650m) ke Masjid Ar-Rahah

12. LRT Putra Heights (650m) ke Masjid Putra Heights

#MONOREL LALUAN KL

1. Monorel Hang Tuah (240m) ke Masjid Al Bukhary

2. Monorel Medan Tuanku (450m) ke Surau IPD Dang Wangi

3. Monorel Chow Kit (220m) ke Masjid Jamek Pakistan

solat tarawih

*Mudah sahaja kan? Tak perlu nak fikir soal parkir dan boleh solat dengan aman dan selesa!

Baca juga: Cara Ganti (Qada) Solat Fardhu Ikut Imam Solat Tarawih, Baru Tahu!

Sumber: Tiktok @mediaselangor.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×