Kehilangan orang yang tersayang merupakan ujian yang paling besar dalam hidup terutama sekali apabila melibatkan mak ayah sendiri. Oleh itu, ramai lagi dalam kalangan kita yang memilih untuk menyimpan baju orang mati supaya dijadikan pengubat rindu terutama sekali yang masih mempunyai kesan atau bau peluh si mati.
Pun begitu, seorang pemandi jenazah, Lasminah Dul Siraj dalam temu bualnya di laman Tiktok berkata, perbuatan sebegitu tidak elok kerana boleh mengundang pelbagai kesan buruk beberapa tahun selepas arwah ‘pergi’.
Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!
SIMPAN BAJU ORANG MATI, ALAMI PENYAKIT MISTERI

Dalam perkongsian video tular itu, Puan Lasminah melarang orang ramai menyimpan tanpa membasuh pakaian terakhir yang disarung oleh si mati terutamanya dari hospital.
“Yang ada peluh-peluh tu.. jangan sesekali kita ambil dan simpan. Boleh kita ambil tapi basuh dulu. Kalau tak ‘benda’ tu akan ‘kejar’”.
“Contohnya, kamu ambil baju arwah keluarga kamu.. buat kenangan katanya, masa ni elok sihat tapi nanti bertahun-tahun kamu mula sakit. Kamu mula sakit, tak tentu arah.. pergi hospital tak dapat detect.”
Puan Lasminah turut berkongsi cerita seorang pesakitnya yang diuji dengan sakit misteri sehinggalah dia teringat bahawa ada menyimpan baju arwah kakaknya yang tidak dibasuh selama 5 tahun.
“Kak, ada satu yang saya teringat.. baju kakak saya ada saya simpan.. arwah dah meninggal 5 tahun lalu.. saya simpan tapi tak basuh.. yang hospital gunting. Ada dalam bantal tu..”
Puan Lasminah bagaimanapun menyuruh pesakit tersebut basuh dahulu baju itu, keringkan dan simpan semula di dalam bantal. Mujur selepas berbuat demikian, pesakit itu dapat tahu dia menghidap kencing manis. Oleh itu, jangan main-main benda peninggalan yang ada melibatkan bau dan peluh arwah..
Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang turut berkongsikan kisah yang lebih kurang sama apabila menyimpan baju milik orang yang sudah meninggal dunia.
“Saya pernah simpan baju arwah abang saya, baju yang dia eksiden. Tapi saya basuh dan simpan dalam bilik, tapi betul rasa macam something. Asyik sakit yang pelik-pelik, lama simpan akhirnya saya berubat panggil ustaz datang..”
“Ya Allah, saya kena mak saya baru meninggal saya ambil kain batik lepas dan baju last dekat hospital mak pakai tapi tak basuh. Malam-malam tak boleh tidur, memang mimpi hantu makan benda kotor sampai rasa diperhatikan waktu siang.”
SUDAH DIANGGAP HARTA PUSAKA

Menurut mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri menerusi artikel yang disiarkan dalam Maktabah Albakri, beliau menjelaskan, pakaian si mati dianggap sebagai pusaka yang perlu dibahagi kepada penerima atau waris yang berhak.
“Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, perkara ini akan dibahagikan secara suka sama suka bagi waris-waris yang berhak menerimanya. Yang penting, berlaku adillah serta elakkan tidak puas hati dengan mengikut syariat dan sentiasa mendamaikan keluarga si mati dalam pembahagian pusaka,” katanya.
Bukan itu sahaja, rupanya barangan lain seperti jam tangan dan peti ais si mati juga termasuk dalam bab pusaka. Bagaimanapun, memetik laman web hanaffi.com, benda seperti itu tidak dimasukkan dalam agihan harta pusaka.
*Seram juga kan? Patutlah ada yang mengambil jalan untuk terus bakar sahaja segala barang bekas penggunaan si mati…
Baca juga: 9 Lokasi ‘Keras’ Dalam Malaysia, Yang Akhir Sekali Baru Dirobohkan & Ada Bau Wangi…
Sumber: Maktabah Al-Bakri, Tiktok Mingguan Wanita
