Euforia Bola 2026
Asuh

Sikap Ibu Bapa Jadi PUNCA Anak Membuli Di Sekolah, Tegas Tak Bertempat Akan ‘Makan’ Diri!

punca buli

Kes buli dalam kalangan pelajar bukan lagi isu asing malah semakin hari makin membimbangkan. Ramai melihatnya sebagai masalah disiplin semata-mata, sedangkan punca buli sebenarnya sering bermula dari rumah.

Cara ibu bapa berinteraksi, mendidik dan menangani emosi di hadapan anak memberi kesan besar terhadap pembentukan sikap mereka.

Baca juga: Ibu Anak 5 Dedah Amalan Selepas Solat Subuh, Rutin Jadi Teratur & Anak Tak Meragam!

PUNCA BULI DI SEKOLAH BERMULA SIKAP IBU AYAH DI RUMAH

punca buli

Freepik

Berikut antara ciri-ciri ibu bapa yang secara tidak langsung mewariskan sifat membuli kepada anak-anak:

1. Anak buat silap, terus marah

Setiap kesilapan anak dijawab dengan herdikan dan kemarahan. Tiada ruang untuk berbincang, tiada peluang anak belajar dari kesilapan. Anak akan faham bahawa siapa paling garang, dialah yang berkuasa.

2. Marah lebih banyak dari mendidik

Bila tak marah, tak pukul, tak kasar, anak kononnya tidak akan belajar. Sedangkan realitinya, tak semua kanak-kanak ‘belajar’ melalui ketakutan. Sebahagian lagi akan belajar menjadi keras hati dan mula tiru cara yang sama bila berdepan orang lain.

3. Tidak pernah dengar pandangan anak 

Anak mesti faham ibu bapa tetapi ibu bapa tak pernah cuba faham isi hati anak. Ini mewujudkan hubungan yang tidak sihat, di mana anak hanya ‘tunduk’ tapi tidak membina empati.

4. Suka paksa, ugut, tengking & kawal anak 

Arahan yang berbentuk ugutan, jeritan, ancaman dan paksaan dijadikan kebiasaan. Anak diasuh untuk patuh secara terpaksa, bukan secara sedar. Akhirnya mereka juga akan guna teknik yang sama terhadap orang lain untuk ‘menang’ dalam hubungan.

5. Kuat mengarah 

Sesetengah ibu bapa hanya tahu mengarah dan mengerah tetapi tidak pernah mempraktikkan adab asas seperti tolong, terima kasih atau maaf. Anak tidak belajar menghargai orang lain kerana tidak pernah dihargai sendiri.

punca buli

6. Nada kasar bila bercakap

Nada suara yang tinggi, bahasa yang tajam, dan sikap tidak peduli perasaan anak menjadi rutin harian. Anak belajar bahawa ‘mengasari’ itu cara berkomunikasi biasa. Maka tidak hairan kalau mereka juga akan berkasar dengan kawan.

7. Letakkan semua beban dekat anak

Penat, serabut, marah dengan kerja, kecewa dengan hidup, semua diluahkan dan ‘dilepaskan’ kepada anak. Lebih parah, anak dijadikan kambing hitam untuk semua kesalahan dan beban ibu bapa.

Lama-lama, anak membesar dengan luka emosi yang tak terluah dan menyalurkan balik tekanan itu kepada orang lain.

Jika kita mahu anak membesar dengan empati dan hormat orang, ibu bapa perlu tunjukkan dahulu sifat yang baik di rumah.

Baca juga: Anak Hairul Azreen Tunjuk Jiwa Kental, Warganet Puji Keberanian Yusuf & Alisa Buat ‘Free Fall’!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×