Kes buli di sekolah sekali lagi mencetuskan kebimbangan ramai apabila seorang pelajar perempuan Tingkatan 1 didakwa menjadi mangsa perbuatan tidak berperikemanusiaan di sebuah sekolah menengah di Sungai Petani, Kedah.
Tidak disangka bahawa perbuatan buli ini masih berleluasa dalam kalangan pelajar yang menganggap bahawa ini adalah perkara ‘suka-suka’ dan tidak akan membawa sebarang bahaya!
Baca juga: Padah Kena Tolak Rakan Sekelas, Murid Tahun 1 Masuk Hospital Akibat Pendarahan Beku Di Zakar!
LAGI KES BULI DI SEKOLAH, TANGAN DAN KAKI DIIKAT AKIBAT CEMBURU

Foto: freepik
Menurut laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku pada baru-baru ini, mangsa yang baru berusia 13 tahun dipercayai telah dibuli oleh dua rakan sebaya sehingga kaki dan tangannya diikat, manakala mulutnya pula disumbat dengan sapu tangan. Lokasi kegiatan buli itu dilapor semuanya berlaku dalam tandas sekolah.
Insiden mengejutkan itu terbongkar apabila ibu mangsa mula risau selepas anaknya tidak kelihatan walaupun waktu persekolahan telah tamat pada jam 6.30 petang. Berasa tidak sedap hati, si ibu bersama pengawal keselamatan bertindak masuk ke dalam kawasan sekolah untuk mencari anaknya dan akhirnya menemui mangsa dalam keadaan terikat di dalam tandas.
Mangsa mengalami kecederaan ringan pada kaki dan segera dikejarkan ke hospital oleh ibunya. Namun, yang lebih membimbangkan ialah trauma emosi yang dialami oleh pelajar muda itu.
Susulan kejadian, satu laporan polis telah dibuat dan pihak berkuasa menahan dua pelajar perempuan berusia 13 tahun yang disyaki terlibat. Siasatan awal mendapati tindakan buli itu berpunca daripada rasa cemburu.
Insiden ini menimbulkan persoalan besar tentang keselamatan pelajar di sekolah dan keperluan mendesak untuk menangani budaya buli yang semakin berani dan kejam.

Foto hiasan: Cikgu Share
*Sampai bila nak jadi macam ini? Adakah anda mahu kes buli dan bunuh seperti apa yang terjadi kepada arwah Zulfarhan Osman terjadi lagi?
Baca juga: 6 Kaedah Buli Ini Paling Popular Berlaku Di Sekolah Asrama, Yang Akhir Sekali Paling Kejam!
Sumber: Harian Metro
