Euforia Bola 2026
Famili

Siasatan Kes Zara Qairina, KPM Ambil Langkah Pindahkan Pengetua, PK Hem & Warden Sekolah

siasatan kes zara qairina

Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha telah dipindahkan buat sementara waktu ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah, sementara menunggu siasatan kes Zara Qairina Mahathir oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) diselesaikan.

Baca juga: Tempurung Kepala Retak & Pendarahan Akibat Ditolak Rakan, “Mohon Doakan Anak Saya…”

SIASATAN KES ZARA QAIRINA, KPM PINDAH SEMENTARA PENTADBIR & WARDEN SMKA TUN DATU MUSTAPHA

SIASATAN KES ZARA QAIRINA

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa tindakan itu diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman kini mengendalikan siasatan berkaitan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

“KPM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk memastikan proses siasatan dijalankan secara menyeluruh, teliti dan adil,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah KPM lagi, kes ini merupakan antara keutamaan utama pihak kementerian pada masa ini.

siasatan kes zara qairina

“KPM komited agar siasatan dapat dijalankan secara telus demi memberikan keadilan kepada keluarga mangsa serta semua pihak yang terlibat,” ujarnya.

Baca juga: Senarai Cuti Umum Malaysia 2026, Jadual Penuh Untuk Persekutuan & Negeri…

Sumber: Bernama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×