Euforia Bola 2026
Asuh

“Dia Yang Disiplinkan Seth & Didik Sepenuhnya..” – Shila Amzah Puji Ubai Pandai Jaga Anak Autism

JAGA ANAK AUTISM

Penyanyi terkenal, Shila Amzah, membuka cerita mengenai perjalanan jaga anak autism, Seth Uwais, 5, yang disahkan menghidap autisme tahap satu.

Menurut Shila, menjadi ibu bapa kepada anak istimewa bukan sekadar soal kasih sayang, tetapi menuntut kesabaran, empati yang tinggi, serta keberanian untuk memahami dunia mereka yang unik.

Baca juga: Dr Fie Pilih Bagi Anak Makan Sendiri (BLW) Seawal 6 Bulan, Manfaatnya Bantu Perkembangan Si Kecil Lebih Baik

UBAI PANDAI JAGA ANAK AUTISM, SHILA AMZAH PUJI

JAGA ANAK AUTISM

“Bukan semua ibu bapa pandai menjaga anak autisme. Kalau saya dan Ubai tidak yakin untuk membiarkan orang lain membawa Seth keluar, keputusan itu terpulang kepada kami. Kami paling mengenali anak kami dan dia sudah lama tidak mengalami tantrum sehingga kebelakangan ini.

“Ubai mungkin bukan ayah kandungnya, tetapi Seth sangat sayang dan hormat padanya sebagai seorang ayah yang sentiasa hadir. Dialah yang mendisiplinkan Seth, mengajarnya empati, mengenal emosi, mengajar cara bermain bola, malah melatihnya menggunakan tandas. Kami mencurahkan sepenuh hati dan jiwa untuk membesarkannya,” kata Shila.

Dia menambah, Ubai memainkan peranan penting dalam mendisiplinkan Seth, mengajar empati, mengenal emosi, malah mendampinginya dalam aktiviti harian seperti bermain bola. Sikap penuh kasih dan konsisten Ubai membuatkan Seth hormat dan sayang padanya.

Shila juga menjelaskan bahawa keluarga mereka sangat mengenali Seth, termasuk memahami perkara kecil yang boleh mencetuskan tantrum. Setiap kali keluar bersama individu yang dipercayai, Seth pulang dengan ceria dan selamat.

JAGA ANAK AUTISM

“Mak saya boleh bawa Seth ke mana sahaja dan dia selesa. Seth juga boleh berseronok dengan kawan-kawan saya dan Ubai tanpa masalah kerana mereka tahu apa yang Seth suka dan tidak suka. Ini membolehkan saya ada masa untuk uruskan perkara lain tanpa risau,” jelasnya.

Perkongsian Shila ini mendapat sokongan warganet, terutama ibu bapa yang mempunyai anak autisme. Seth sebelum ini mengalami masalah lambat bertutur atau speech delay pada usia tiga tahun, dan sejak itu dipantau pakar sebelum disahkan autisme pada Jun 2024.

Shila dan Ubai yang mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira, setahun. Seth pula adalah anak hasil perkahwinan pertama Shila bersama Haris Idraki Elias.

Baca juga: Bayi Terjatuh Dari Baby Walker Hingga Retak Tempurung Kepala, Risiko Yang Ramai Tak Perasan

Sumber: Threads

Kredit gambar: Shila Amzah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×