Euforia Bola 2026
Rakyat

Top 10 ‘Cash Kings’ World Cup FIFA 2026: Ronaldo & Messi Kini Bergelar Bilionair, Siapa Lagi Tersenarai?

pemain bola sepak

Menjelang kejohanan terbesar dunia, bukan sekadar aksi di atas padang jadi perhatian, malah kekayaan dimiliki ramai pemain bola sepak bertaraf dunia turut mencuri tumpuan.

Ada antara mereka bukan sahaja bergelar bintang bola sepak, malah sudah membina empayar perniagaan sendiri sehingga status kewangan mencecah bilion ringgit menjelang Piala Dunia FIFA (FIFA World Cup) 2026.

Baca juga: Ranking 10 Jersi Bola Paling Cantik Sempena World Cup 2026, Ada Yang Macam Lukisan Mahal!

10 PEMAIN BOLA SEPAK TERKAYA DI PIALA DUNIA FIFA 2026

Portal The Sun UK baru-baru ini mendedahkan senarai 10 pemain bola sepak terkaya yang dijangka beraksi di kejohanan tersebut berdasarkan nilai kekayaan bersih (net worth) masing-masing.

Menariknya, beberapa nama besar seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe kini sudah mencapai status bilionair dalam nilai mata wang Malaysia.

Nak tahu siapa paling kaya? Ini senarainya:

pemain bola sepak

Gambar portal givemesport.

10. James Rodriguez (Colombia) – RM342 juta

Bekas pemain Real Madrid, Bayern Munich dan Everton ini mempunyai anggaran kekayaan sekitar £59 juta (sekitar RM342 juta).

Prestasi cemerlangnya pada Piala Dunia 2014 menjadikan James antara pemain yang banyak menerima tawaran tajaan dan kerjasama jenama antarabangsa.

9. Erling Haaland (Norway) – RM342 juta

Mesin gol Manchester City ini turut mempunyai anggaran kekayaan sekitar £59 juta (RM342 juta).

Selain kontrak lumayan bersama City, Haaland turut mengaut pendapatan besar menerusi perjanjian komersial termasuk kontrak mega dilaporkan bernilai sekitar £260 juta selama 10 tahun.

8. Riyad Mahrez (Algeria) – RM365 juta

Pemenang lima gelaran Liga Perdana Inggeris ini mempunyai anggaran kekayaan sekitar £63 juta (RM365 juta).

Sejak menyertai Al-Ahli di Arab Saudi, pendapatan Mahrez dilaporkan meningkat dengan ketara menerusi gaji lumayan.

7. Son Heung-min (Korea Selatan) – RM429 juta

Legenda Tottenham ini dianggarkan mempunyai nilai kekayaan sekitar £74 juta (RM429 juta).

Selain gaji sebagai pemain, Son juga mempunyai pelbagai kerjasama komersial kerana popularitinya yang luar biasa di Korea Selatan.

6. Mohamed Salah (Mesir) – RM603 juta

Bintang Liverpool ini memiliki anggaran kekayaan sekitar £104 juta (RM603 juta).

Kontrak baharunya di Anfield dilaporkan bernilai sekitar £400,000 seminggu, menjadikan Salah antara pemain Afrika paling kaya ketika ini.

Baca juga: 7 Ciri Unik Orang Lahir Bulan Jun, Betul Ke Selalu Dicop ‘Kaki Overthinking’?

pemain bola sepak

Gambar portal givemesport.

5. Harry Kane (England) – RM638 juta

Kapten England ini mempunyai nilai kekayaan sekitar £110 juta (RM638 juta) hasil gaji tinggi bersama Bayern Munich selain kontrak tajaan kasut.

4. Kylian Mbappe (Perancis) – RM1.08 bilion 

Pemenang Piala Dunia 2018 ini sudah pun memasuki kelompok bilionair dalam mata wang Malaysia dengan anggaran kekayaan sekitar £186 juta (RM1.08 bilion).

Kontrak bersama Real Madrid bersama bonus lumayan selain kerjasama bersama Nike, Dior dan Hublot banyak menyumbang kepada kekayaannya.

3. Neymar (Brazil) – RM1.94 bilion 

Neymar dianggarkan memiliki kekayaan sekitar £334 juta (RM1.94 bilion).

Bekas bintang Barcelona dan PSG itu juga memperoleh pendapatan besar menerusi pelbagai tajaan selain kontrak kasut Puma yang pernah dianggap antara terbesar dalam sejarah bola sepak.

Menariknya, laporan pada 2025 mendakwa seorang bilionair Brazil meninggalkan sekitar AS$1 bilion dalam wasiat kepada Neymar.

2. Lionel Messi (Argentina) – RM4.30 bilion 

Tidak mengejutkan apabila Lionel Messi berada di tangga kedua dengan nilai kekayaan sekitar £742 juta (RM4.30 bilion).

Selain pendapatan bola sepak, Messi turut menjana kekayaan menerusi kerjasama bersama jenama besar seperti Adidas, Pepsi, Dolce & Gabbana, Gillette dan Turkish Airlines.

1. Cristiano Ronaldo (Portugal) – RM5.80 bilion 

Di tempat pertama semestinya Cristiano Ronaldo yang dilaporkan sudah melepasi nilai kekayaan £1 bilion, bersamaan sekitar RM5.80 bilion.

Selain kontrak luar biasa bersama Al-Nassr bernilai kira-kira £173 juta setahun, Ronaldo juga mempunyai empayar perniagaan sendiri termasuk hotel, gimnasium, label fesyen CR7, studio filem, hartanah serta koleksi kereta mewah.

Baca juga:

Sumber: The Sun

FT Image: modern.az / goal.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×