Euforia Bola 2026
Inspirasi

Dulu Pernah Dicemuh & Terpaksa Curi Makanan, Fasa Gelap Masa Kecil Ronaldo Sebelum Bangkit Jadi Atlet Billionaire Dunia!

portugal cristiano ronaldo

Siapa yang tidak kenal dengan nama besar dalam dunia sukan bola sepak hari ini? Di sebalik kilauan trofi dan kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh kapten pasukan Portugal Cristiano Ronaldo, rupa-rupanya tersimpan seribu satu kisah duka yang jarang dikongsikan kepada umum.

Sebelum bergelar jutawan, beliau hanyalah seorang budak lelaki kurus dari perkampungan kecil yang sering diuji dengan kelaparan dan cemuhan miskin.

Baca juga: “Juara Dunia Tapi Tak Lupa Solat”- Sikap Hakim Danish Ramli Buat Ramai Kagum, Wajar Jadi Idola Anak Muda

KISAH KEBANGKITAN BINTANG PORTUGAL CRISTIANO RONALDO

cristiano ronaldo

Gambar Instagram & Pinterest.

Jom kita singkap kembali perjalanan hidup figura hebat CR7 ini dari zaman kecil sehinggalah berjaya mencipta sejarah dunia yang pastinya akan membuatkan anda rasa kagum dan sebak.

Bermula di padang jalanan & kelab amatur pertama (Usia 7 tahun)

Dilahirkan di pulau terpencil Madeira, bakat bola sepak Ronaldo mula dikesan sejak kecil sebelum menyertai kelab amatur CF Andorinha ketika berusia 7 tahun.

Beliau bermain di sana kerana bapanya bekerja sebagai kit man di kelab tersebut, sebelum berpindah ke kelab remaja CD Nacional pada tahun 1995.

Disebabkan bakatnya yang luar biasa, pencari bakat kelab gergasi Sporting Lisbon membawa Ronaldo ke tanah besar Portugal. Beliau menjalani ujian bakat selama tiga hari di sana ketika baru berusia 12 tahun.

Kesusahan semasa kecil (Usia 12 tahun)

Penghijrahan ke Lisbon tanpa keluarga di sisi merupakan fasa gelap dalam hidup remaja Ronaldo.

Pendedahan laporan disiplin dalam buku biografi The Secrets of the Machine mendedahkan beliau pernah beberapa kali ditangkap mengambil tin teh ais milik rakan, makanan ringan dan yogurt pembantu akademi ketika baru berusia 12 tahun.

Tindakan itu terpaksa dilakukan bukan kerana nakal, tetapi kerana beliau terlalu miskin. Ronaldo tidak mempunyai wang untuk membeli makanan tambahan bagi mengalas perut selepas penat menjalani sesi latihan yang memenatkan.

Malah, beliau dan rakan-rakan akademi sering menunggu di belakang sebuah restoran makanan segera berhampiran padang. Mereka terpaksa meminta sisa burger yang tidak habis dijual demi menyambung hidup dan mengisi kelaparan.

portugal cristiano ronaldo

Gambar Pinterest, Manchester Evening NewsWikipedia & Valerio Pennicino: CR7 di kelab-kelab ternama bola sepak.

Rahsia pembedahan jantung (Usia 15 tahun)

Ketika berusia 15 tahun, Ronaldo disahkan menghidap penyakit tachycardia yang menyebabkan degupan jantungnya menjadi terlalu laju walaupun tidak berlatih. Masalah kesihatan yang amat bahaya ini hampir menamatkan impiannya untuk menjadi pemain bola sepak profesional.

Bagi menyelamatkan kariernya, pihak Sporting Lisbon dan ibunya segera mengaturkan pembedahan jantung menggunakan teknologi laser. Mujurlah, prosedur tersebut berjalan lancar dan beliau dibenarkan pulang dalam masa beberapa hari sebelum kembali berlatih di padang.

Dibuang sekolah (Usia 14 tahun)

Bukan sahaja berdepan isu kewangan dan kesihatan, Ronaldo turut menjadi mangsa buli di sekolah di Lisbon akibat loghat pekat Madeira dan status kemiskinan keluarganya.

Kemuncak kesabaran teruji apabila Ronaldo bertindak membaling kerusi ke arah gurunya pada usia 14 tahun kerana berasa dihina teruk, menyebabkan dibuang sekolah.

Namun, peristiwa hitam itu bertukar menjadi rahmat apabila ibunya, Dolores Aveiro, mengambil keputusan untuk membiarkan Ronaldo berhenti sekolah secara total demi fokus 100% pada bola sepak.

Baca juga: Ramai Lelaki Gagal Bukan Sebab Malas…Tapi Sebab Tak Ada 4 Mindset Macam Cristiano Ronaldo Ini

portugal cristiano ronaldo

Ronalo semasa kecil bersama ibu dan ayahnya (kiri xxxxxxxx). Ronaldo remaja bersama ayahnya (kanan @CrRonaldo7Jr)

Tragedi pemergian ayah (Usia 20 tahun)

Bapa Ronaldo, penyokong terbesar hidupnya, meninggal dunia pada 2005 kerana kegagalan hati akibat ketagihan alkohol tegar. Tragedi ini berlaku ketika beliau baru memulakan langkah kejayaan bersama Manchester United.

Detik ini menjadi kesedihan terbesar kerana sang ayah tidak sempat melihat kejayaannya. Sejak hari itu, Ronaldo berikrar tidak menyentuh alkohol seumur hidup demi menghormati arwah bapanya dan menjaga tubuh badan sebagai atlet profesional.

Namun, tahu tak anda, sepanjang hidupnya Ronaldo hanya pernah minum arak sekali iaitu segelas kecil champagne sahaja? Ia berlaku pada 2016 selepas pasukan Portugal menewaskan Perancis untuk menjuarai Euro 2016.

Sifat dermawan luar biasa!

Pengalaman hidup melarat mengejar impian menyebabkan Ronaldo tumbuh sebagai seorang yang sangat sensitif dengan kesusahan orang lain. Antara sumbangan beliau:

  1. Sumbangan tsunami Acheh: Ronaldo terbang ke Indonesia selepas tsunami 2004 untuk membantu Martunis, kanak-kanak terselamat yang memakai jersi Portugal, dengan membiayai pendidikan dan penempatan semula.
  2. Lelongan Kasut Emas untuk Gaza: Ronaldo melelong anugerah Kasut Emas Eropah miliknya pada 2012 dan meraih €1.5 juta untuk membina sekolah kanak-kanak di Gaza, Palestin.
  3. Menderma bonus UEFA: Beliau menyerahkan kesemua bonus kemenangannya semasa Real Madrid menjuarai UCL pada 2016 sebanyak €600,000 (sekitar RM2.8 juta) terus kepada badan kebajikan kanak-kanak di bawah naungan PBB (World Vision).
  4. Membiayai kos rawatan peminat: Ronaldo kerap membiayai kos rawatan perubatan kritikal untuk peminat ciliknya yang tidak berkemampuan.
  5. Pesawat bantuan kemanusiaan bencana alam: Ketika gempa bumi dahsyat melanda Turki dan Syria pada tahun 2023, Ronaldo telah membiayai dan menghantar sebuah pesawat penuh sarat dengan bekalan bantuan kecemasan.
  6. Duta besar organisasi global: Seperti Save the Children, UNICEF dan World Vision.
  7. Penderma darah: Beliau tidak mempunyai sebarang tatu pada badannya sebagai seorang penderma darah dan sumsum tulang tegar yang menderma beberapa kali setahun.
cristiano ronaldo

Gambar Arnd Wiegmann/Reuters (kiri) dan pinterest (kanan).

Menjadi atlet billionaire dunia (2026)

Menurut data Forbes 2026, Ronaldo, 41, menjadi atlet sukan berkumpulan pertama dunia meraih pendapatan melebihi $1 bilion ketika masih aktif bermain.

Kontrak mega $200 juta setahun bersama Al-Nassr melonjakkan kekayaan bersihnya mencecah $1.2 bilion, meletakkan beliau sebagai atlet terkaya di dunia.

Sumber: spyscape / Wikipedia (1) (2) / Britannica / Borgen Magazine / Marca / Potlot

FT Image: The Perch / Pinterest

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×