Menjelang musim e-Filing tidak lama lagi, ramai pembayar cukai mula tertanya-tanya apakah senarai pelepasan cukai 2025 yang boleh dituntut?
Hakikatnya, ramai masih terlepas peluang menjimatkan ribuan ringgit hanya kerana tidak tahu atau tidak menyusun tuntutan dengan betul. Oleh itu, di sini Sirap Limau menghimpunkan senarai penuh pelepasan cukai 2025 yang wajib anda semak sebelum mengisi borang cukai tahun hadapan.
Baca juga: Oh Ada Rupanya! Golongan Bujang Kini Terima Bantuan SARA RM600 Setahun Ganti STR, Ini Cara Semak
SENARAI LENGKAP PELEPASAN CUKAI 2025, JANGAN LUPA ‘CLAIM’!

Foto: freepik
1. Pelepasan Cukai Individu
Berikut ialah pelepasan asas untuk individu pembayar cukai:
– Individu dan saudara tanggungan: RM9,000
– Suami / Isteri / Alimoni kepada bekas isteri: RM4,000
– Potongan tambahan individu kurang upaya: RM7,000
– Suami atau isteri kurang upaya: RM6,000
– Yuran Pengajian (Diri Sendiri) – Sehingga RM7,000
- Pengajian peringkat tertiari selain Sarjana & PhD
- Pengajian Sarjana atau Doktor Falsafah
- Kursus peningkatan kemahiran (terhad RM2,000)
– Faedah Pinjaman Perumahan Rumah Pertama
- (Perjanjian jual beli antara 1 Jan 2025 – 31 Dis 2027)
- Harga rumah sehingga RM500,000: RM7,000
- Harga rumah RM500,001 – RM750,000: RM5,000
2. Pelepasan Perubatan & Keperluan Khas
– Rawatan Perubatan (Diri, Pasangan atau Anak) – RM10,000
- Penyakit serius
- Rawatan kesuburan
- Pemvaksinan (terhad RM1,000)
- Rawatan & pemeriksaan pergigian (terhad RM1,000)
- Pemeriksaan perubatan penuh (terhad RM1,000)
- Intervensi awal & pemulihan anak kurang upaya pembelajaran (terhad RM6,000)
– Perbelanjaan Ibu Bapa & Datuk Nenek – RM8,000
- Rawatan perubatan & pergigian
- Keperluan khas dan penjaga
- Pemeriksaan kesihatan & pemvaksinan (terhad RM1,000)
- Peralatan Sokongan OKU – RM6,000
- Untuk diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa.
3. Pelepasan Gaya Hidup
– Gaya Hidup – RM2,500, untuk diri sendiri, pasangan atau anak:
- Buku & bahan bacaan
- Komputer, telefon pintar atau tablet
- Bil langganan internet
- Yuran kursus kemahiran & pembangunan diri
– Pelepasan Tambahan Sukan – RM1,000
- Peralatan sukan
- Sewa atau fi fasiliti sukan
- Yuran pertandingan
- Keahlian gim atau latihan sukan
– Kenderaan Elektrik & Mesin Kompos Domestik – RM2,500
4. Pelepasan Insurans & Simpanan
– Insurans nyawa & KWSP: RM7,000
– Skim persaraan swasta & anuiti tertangguh: RM3,000
– SSPN (Tabung Bersih): RM8,000
– Insurans pendidikan & perubatan: RM4,000
– PERKESO: RM350
5. Pelepasan Cukai Anak
– Anak bawah 18 tahun, belum berkahwin: RM2,000
– Anak 18 tahun ke atas, belum berkahwin & belajar sepenuh masa: RM8,000
– Anak 18 tahun ke atas (syarat tertentu): RM2,000
– Anak kurang upaya, belum berkahwin: RM8,000
– Pelepasan tambahan anak kurang upaya: RM8,000
– Yuran taska / tadika berdaftar: RM3,000
- Anak 6 tahun ke bawah
- Boleh dituntut oleh salah seorang (suami atau isteri)
– Peralatan penyusuan: RM1,000
- Untuk pembayar cukai wanita
- Anak bawah 2 tahun
- Sekali setiap 2 tahun taksiran
Apa Perlu Anda Lakukan Jika Layak Dikenakan Cukai?
Setiap individu yang layak dikenakan cukai WAJIB:
- Mendaftar nombor cukai pendapatan
- Mengemas kini maklumat peribadi
- Melaporkan pendapatan tahunan
- Membayar cukai pendapatan
Pendaftaran boleh dibuat di cawangan LHDNM berhampiran atau secara dalam talian melalui Portal MyTax.

Foto: LHDNM
*Tip penting: Simpan semua resit dan dokumen sokongan dari awal tahun supaya proses e-Filing 2026 nanti jadi lebih mudah dan lancar!
Sumber: LHDNM
