Euforia Bola 2026
Rakyat

BDR Penjawat Awam Bermula Esok! Ini Senarai Negeri Yang Terlibat, Tak Terlibat & Masih ‘On Hold’

bekerja dari rumah

Susulan konflik di Asia Barat dan peningkatan kos tenaga global, kerajaan mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi sebahagian penjawat awam di semua ibu negeri dan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Selangor bermula 15 April 2026.

Langkah ini bukan sahaja bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api dan kesesakan jalan raya, malah membantu penjawat awam mengurus kos harian serta meningkatkan keseimbangan kerja dan kehidupan.

Baca juga: BDR Bermula Esok, Penjawat Awam Diingatkan Tidak ‘Upload’ Gambar Aktiviti Santai Ketika Bekerja

BEKERJA DARI RUMAH (BDR) 2026

bekerja dari rumah

Gambar hiasan: Gemini AI

Namun begitu, pelaksanaan BDR tidak sama di setiap negeri. Ada negeri yang bersedia melaksanakan dasar ini, ada yang memutuskan tidak perlu, manakala sebahagian lagi masih dalam peringkat penilaian.

Selain itu, pelaksanaan BDR dikecualikan untuk  3 sektor membabitkan keselamatan dan pertahanan, kesihatan serta pendidikan.

Justeru itu, mari lihat kenyataan rasmi dari setiap negeri yang disenaraikan di bawah.

NEGERI MELAKSANAKAN BEKERJA DARI RUMAH

Bagi negeri-negeri yang melaksanakan BDR, terdapat daripada mereka yang melaksanakan ia selama 2 hari dan ada juga 3 hari bergantung kepada keperluan masing-masing:

1. Kuala Lumpur, Putrajaya & Selangor

Bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor akan melaksanakan dasar bekerja dari rumah selama tiga hari seminggu.

Butiran pelaksanaan:

  • Bermula: 15 April 2026
  • Hari BDR: Selasa hingga Khamis
  • Tujuan: Kurangkan penggunaan bahan api dan kesesakan jalan raya
  • Dasar akan disemak secara bulanan

Kerajaan negeri juga menggalakkan sektor swasta mempertimbangkan pelaksanaan bekerja dari rumah sekiranya sesuai dengan operasi syarikat.

2. Pahang

Kerajaan Pahang memutuskan untuk melaksanakan bekerja dari rumah dua hari seminggu secara bergilir bagi membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Butiran pelaksanaan:

  • Dua hari seminggu secara penggiliran
  • Dilaksanakan secara tersusun oleh ketua jabatan
  • Fokus membantu kurangkan kos perjalanan dan perbelanjaan harian

Langkah ini dilihat sebagai pendekatan prihatin kerajaan negeri dalam mengurangkan beban kewangan penjawat awam.

3. Negeri Sembilan

Kerajaan Negeri Sembilan akan melaksanakan bekerja dari rumah selama dua hari seminggu bagi penjawat awam yang memenuhi syarat tertentu.

Butiran pelaksanaan:

  • Dua hari seminggu
  • Pegawai dengan jarak perjalanan lebih 8 kilometer layak
  • Kehadiran fizikal diwajibkan pada Isnin dan Jumaat
  • Pemantauan dilakukan melalui sistem elektronik

Walau bagaimanapun, sektor kritikal seperti keselamatan, kesihatan dan pendidikan tidak terlibat dalam pelaksanaan ini.

4. Perak

Kerajaan Negeri Perak turut mengesahkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah selaras dengan arahan kerajaan Persekutuan.

Butiran pelaksanaan:

  • Bermula: 15 April 2026
  • Kaedah pelaksanaan disesuaikan mengikut jabatan
  • Dilaksanakan secara berperingkat

Kerajaan negeri menyifatkan langkah ini sebagai strategi kesiapsiagaan menghadapi krisis tenaga global.

Baca juga: Bank Negara Malaysia Buka Tempahan Syiling UNESCO, Koleksi Eksklusif Ini Dijangka ‘Sold Out’ Pantas!

bekerja dari rumah

Gambar hiasan: Gemini AI

NEGERI TIDAK MELAKSANAKAN BDR

Setakat ini, hanya satu negeri secara rasmi memutuskan tidak melaksanakan dasar bekerja dari rumah.

1. Melaka

Kerajaan Negeri Melaka menyatakan tiada keperluan untuk melaksanakan bekerja dari rumah kerana faktor geografi dan jarak perjalanan yang pendek.

Sebab utama:

  • Negeri kecil dan jarak perjalanan singkat
  • Masa perjalanan ke tempat kerja tidak lama
  • Tiada keperluan mendesak untuk BDR

Kerajaan negeri berpendapat sistem kerja sedia ada masih berfungsi dengan baik tanpa perlu melaksanakan dasar tersebut.

Baca juga: Yang Dipertuan Muda Terengganu Dilantik Sebagai Pemangku Raja, Bermula Rabu Ini!

NEGERI DALAM PENELITIAN UNTUK MELAKSANAKAN BDR

Beberapa negeri masih menilai keperluan sebelum membuat keputusan muktamad mengenai dasar bekerja dari rumah.

1. Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih mendapatkan maklum balas daripada jabatan-jabatan berkaitan sebelum membuat keputusan.

Status semasa:

  • Belum ada keputusan rasmi
  • Masih dalam peringkat penilaian
  • Menilai keperluan operasi setiap jabatan

Keputusan hanya akan dibuat selepas penelitian menyeluruh selesai.

2. Terengganu

Kerajaan Negeri Terengganu juga sedang menilai keperluan pelaksanaan bekerja dari rumah berdasarkan situasi semasa negeri tersebut.

Status semasa:

  • Masih dalam peringkat penilaian
  • Belum dibawa ke mesyuarat rasmi
  • Keputusan bergantung kepada keperluan sebenar

Kerajaan negeri memaklumkan situasi trafik dan penggunaan bahan api di Terengganu berbeza berbanding negeri di Lembah Klang, justeru pendekatan perlu disesuaikan.

Sumber: Harian Metro / Kosmo!Berita Harian / BERNAMA (1), (2), (3), (4) /  Berita RTM

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×