Walaupun ramai dalam kalangan rakyat Malaysia bergelut dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, terdapat segelintir individu yang menikmati ganjaran jutaan ringgit setiap tahun. Tetapi mereka bukanlah orang-orang biasa kerana terdiri daripada pengarah atau CEO syarikat besar. Jadi, sudah semestinya gaji CEO kena ‘berkepuk-kepuk’!
Dari sektor perbankan hingga ke industri perladangan, senarai ini memperlihatkan betapa luasnya jurang pendapatan antara pengurusan tertinggi dan pekerja biasa.
Baca juga: Ini Tahap Pendidikan 7 Ahli Politik Popular Malaysia, Memang ‘Top’ Di Kelas & Hebat Di Parlimen!
10 GAJI CEO DI MALAYSIA CECAH HAMPIR 12 JUTA, HEBAT!
Jadi, berikut merupakan 10 pengarah syarikat dengan gaji tertinggi di Malaysia berdasarkan laporan The Futurizts, lengkap dengan pecahan pendapatan tahunan dan purata bulanan dan beberapa fakta menarik yang mungkin mengejutkan anda.
1. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group)

Foto: The Peak Malaysia
Pendapatan tahunan: RM151.34 juta
Purata bulanan: RM12.61 juta
Beliau merupakan individu dengan pendapatan tertinggi dalam senarai ini, jauh mengatasi pengarah lain.
2. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Malaysia)
Pendapatan tahunan: RM49.57 juta
Purata bulanan: RM4.13 juta
Menariknya, orang yang sama di tangga pertama turut memegang jawatan tinggi dalam dua syarikat berbeza dalam kumpulan Genting dan menerima bayaran daripada kedua-duanya.
3. Tan Sri Dato’ Sri Tay Ah Lek (Public Bank)

Foto: Public Bank
Pendapatan tahunan: RM38.09 juta
Purata bulanan: RM3.17 juta
Pengarah eksekutif bank tempatan dengan gaji tertinggi.
4. Dr Kelvin Loh Chi Keon (IHH Healthcare)

Foto: Healthcare Asia Magazine
Pendapatan tahunan: RM20.23 juta
Purata bulanan: RM1.69 juta
Mewakili sektor penjagaan kesihatan swasta.
5. Mr Domenic Fuda (Hong Leong Bank)

Foto: NST
Pendapatan tahunan: RM14.56 juta
Purata bulanan: RM1.21 juta
CEO dari sektor perbankan.
6. Dato’ Lee Yeow Chor (IOI Corporation)

Foto: IOI Properties
Pendapatan tahunan: RM13.45 juta
Purata bulanan: RM1.12 juta
Berkaitan sektor perladangan dan hartanah.
7. Kuan Kam Hon & Kwan Kam Onn (Hartalega)

Foto: The Edge Malaysia
Pendapatan tahunan: RM13.06 juta
Purata bulanan: RM1.08 juta
Pengarah dalam industri sarung tangan getah.
8. Tan Kong Khoon (Hong Leong Financial Group)

Foto: The Edge
Pendapatan tahunan: RM9.23 jutac
Purata bulanan: RM0.77 juta
9. Datuk Abdul Farid Alias (Maybank)

Foto: Berita Harian
Pendapatan tahunan: RM7.92 juta
Purata bulanan: RM0.67 juta
Bekas CEO bank terbesar di Malaysia.
10. Dato’ Jeffri Salim Davidson (Sime Darby)

Foto: The Star
Pendapatan tahunan: RM7.28 juta
Purata bulanan: RM0.63 juta
Terlibat dalam sektor perindustrian dan perladangan.
Analisis Umum:
– Individu dengan pendapatan tertinggi ialah Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group).
– Sektor perbankan dan perladangan mendominasi senarai.
– Purata bulanan tertinggi mencecah lebih RM12 juta, menunjukkan jurang besar antara gaji pengarah dan pekerja biasa.
Baca juga: Tersergam Indah Bak Istana, Ini 5 Rumah Pemimpin Malaysia Yang Mewah & Cantik!
Sumber: The Futurizts
