Euforia Bola 2026
Famili

Pasangan Ada Dua Anak Perlu Hingga RM7,440 Sebulan! Ini REALITI Bajet Bulanan Ikut Bandar Di Malaysia

bajet gaji bulanan

Dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa, isu kos sara hidup kekal menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia. Seiring dengan peningkatan harga barangan keperluan, perkhidmatan, dan perumahan, wujud keperluan mendesak untuk memastikan bajet gaji bulanan rakyat mencukupi bagi menampung perbelanjaan asas.

Justeru, cadangan terbaharu untuk mewajibkan semakan tahunan terhadap perintah gaji minimum dilihat sebagai langkah proaktif dalam melindungi kesejahteraan pekerja.

Baca juga: Cara Mudah Kira Gaji Harian Dengan Betul, Guna Formula INI Supaya Tak Mudah Kena Tipu!

BAJET GAJI BULANAN RAKYAT MALAYSIA ‘KERAS’, GAJI MINIMUM KENA SEMAK

bajet gaji bulanan

Foto hiasan.

Menurut Panduan Belanjawanku 2024/2025 dalam infografik yang dikongsikan Sinar Harian, perbelanjaan minimum bulanan yang diperlukan untuk menikmati kehidupan selesa adalah berbeza mengikut lokasi dan struktur isi rumah. Daripada individu bujang hingga pasangan ada anak, jumlah keperluan kewangan yang mencukupi amat bergantung kepada tempat tinggal dan cara hidup harian.

Infografik yang disediakan oleh Sinar Harian ini memberi gambaran jelas tentang jurang kos sara hidup antara bandar dan menjadi asas penting dalam menggubal dasar upah yang lebih adil dan berkesan.

Tujuan infografik ini adalah untuk memberi gambaran tentang jumlah minimum perbelanjaan bulanan yang perlu ditanggung oleh:

– Individu bujang (guna pengangkutan awam)
– Individu bujang (guna kereta sendiri)
– Pasangan berkahwin tanpa anak
– Pasangan berkahwin dengan dua anak

bajet gaji bulanan

Foto: Sinar Harian

1. Bujang, Guna Pengangkutan Awam

Kos antara RM1,610 (Kota Bharu) hingga RM1,970 (Lembah Klang). Ini menunjukkan kos hidup lebih tinggi di kawasan metropolitan seperti Lembah Klang dan Johor Bahru, berbanding bandar-bandar lain seperti Kota Bharu atau Ipoh.

2. Bujang, Guna Kereta Sendiri

Kos meningkat dengan ketara, antara RM2,200 hingga RM2,360, bergantung pada bandar. Perbezaan kos ini menunjukkan betapa signifikan beban pemilikan dan penggunaan kereta (minyak, penyelenggaraan, insurans) berbanding pengangkutan awam.

3. Pasangan Berkahwin Tiada Anak

Kos anggaran sekitar RM3,920 hingga RM4,340. Ini merangkumi dua orang dewasa, dengan kos perumahan, makanan, dan komitmen lain yang lebih tinggi berbanding individu bujang.

4. Pasangan Berkahwin, Ada Dua Anak

Kos melonjak kepada antara RM7,010 (Kota Bharu) hingga RM7,880 (Lembah Klang). Kenaikan besar ini disebabkan oleh kos penjagaan anak, pendidikan, makanan tambahan, dan komitmen keluarga yang lain.

Apa yang dapat dilihat dalam data ini, kos sara hidup jauh lebih tinggi di bandar besar seperti Lembah Klang, Johor Bahru dan George Town. Malah, pemilikan kereta memberi impak besar terhadap bajet bulanan dan pasangan dengan anak memerlukan hampir dua kali ganda bajet bujang.

Oleh itu dengan isu terkini mengenai tahap gaji pekerja di Malaysia dikatakan sepatutnya mencecah RM5000- RM7000 sebagai minimum, diharapkan akan ada perubahan ya!

Baca juga: 5 Profesion Ini Paling TIDAK DIPERCAYAI Di Malaysia, Ahli Politik & Influencer ‘Juara’ Carta!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×