Euforia Bola 2026
Didik

Cara Mohon Biasiswa PETRONAS Untuk Pelajar Cemerlang Tapi Kurang Mampu, Buat 3 Benda Penting Ini!

biasiswa petronas

Nampaknya beberapa bulan lepas telah selesai proses para pelajar Tingkatan 5 mengambil peperiksaan besar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dengan itu, ramai dalam kalangan pelajar terutamanya ibu bapa yang mengharapkan keputusan peperiksaan yang cemerlang supaya dapat memohon biasiswa Petronas yang menjadi idaman ramai!

Tetapi, ramai yang tertarik dengan satu perkongsian seorang gadis yang dipercayai mendapat tajaan Petronas tetapi tidak mahu didedahkan namanya apabila dia mengatakan keputusan cemerlang SPM tidak memberi jaminan 100% anda akan mendapat biasiswa itu.

Baca lagi: 30 Senarai Bantuan Kewangan Pendidikan Untuk Pelajar IPT, Jangan Lupa Mohon!

ADA 3 BENDA PENTING UNTUK DAPATKAN BIASISWA PETRONAS, CEMERLANG SPM BUKAN JAMINAN

Program penajaan dan biasiswa yang menjadi ‘talian hayat’ bagi pelajar cemerlang tetapi tidak berkemampuan seperti Biasiswa Petronas ini membantu mereka supaya tidak terabai dan boleh terus mengejar impian. Jadi, gadis yang belajar di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) ini berkongsikan tips berguna tentang cara betul untuk memohon biasiswa berprestij ini.

Jelasnya, terdapat tiga perkara yang perlu dititikberatkan sebelum membuat permohonan.

biasiswa petronas

Sumber: Facebook

biasiswa petronas

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Menurut gadis ini, beliau memperoleh 9A dalam SPM tetapi hampir berputus asa untuk melanjutkan pengajian kerana masalah kewangan. Bagaimanapun, cabaran itu sama sekali tidak menjadi halangan buat dirinya untuk ‘melebarkan sayap’.

Paling menarik, peluang ini terbuka untuk semua pelajar yang berkelayakan, termasuk dari Sabah dan Sarawak. Justeru, dengan keputusan SPM bakal diumumkan pada 27 Mei ini, para pelajar boleh mula menyemak kriteria kelayakan serta terma dan syarat permohonan lebih awal DI SINI.

Selamat berjaya!

Baca lagi: Patutlah ‘Tak Laku’ Diambil Bekerja, Rupanya 38 Program Akademik Universiti Ini Dah Tak Relevan

Sumber: PETRONAS

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×