Euforia Bola 2026
Nur

Fenomena ‘Istiwa A’dzam’ Matahari Atas Kaabah, Umat Islam Boleh Semak Kiblat Petang INI

semak kiblat

Setiap umat Islam berkiblatkan Kaabah dalam melaksanakan ibadah solat, namun sejauh mana ketepatan arah kiblat di rumah atau premis kita? Pada 15 Julai 2025 (hari ini), satu fenomena astronomi yang jarang berlaku dikenali sebagai Istiwa A’dzam, akan memberi peluang kepada umat Islam di Malaysia untuk semak kiblat masing-masing.

Macam mana nak semak? Mari ikuti perkongsian di bawah.

Baca juga: Awas! Ini 9 Jenis Perabot Dikatakan Jadi ‘Sarang Setan’ & Tenaga Negatif Dalam Rumah

JANGAN LUPA SEMAK KIBLAT GUNA CARA INI!

semak kiblat

Fenomena Istiwa A’dzam merujuk kepada saat di mana matahari berada tepat di atas Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. Ini menyebabkan bayang-bayang semua objek tegak di seluruh dunia akan menghala terus ke arah Kaabah, menjadikannya masa yang sangat tepat untuk menyemak arah kiblat.

Bila Fenomena ini berlaku? Untuk tahun 2025, fenomena Istiwa A’dzam akan berlaku pada:

Tarikh: 28 Mei 2025 (Rabu)

Masa: 5:18 petang (waktu Malaysia)

Bersamaan: 30 Zulkaedah 1446H

Fenomena ini berlaku dua kali setahun, iaitu sekitar 28 Mei dan 15 Julai 2025, bergantung kepada tahun dan perubahan kecil astronomi.

Fenomena ini memberi peluang kepada umat Islam di seluruh dunia, termasuk Malaysia, untuk:

– Mengesahkan ketepatan arah kiblat di rumah, surau, masjid, dan tempat-tempat lain.
– Membetulkan sebarang kesilapan atau penyimpangan arah kiblat yang mungkin berlaku akibat pemasangan alat atau struktur yang tidak tepat.

Tarikh kedua:

Tarikh : 15 Julai 2025 (Selasa)

Masa :  5:27 petang (waktu Malaysia)

Cara Menyemak Arah Kiblat

semak kiblat

1. Gunakan objek tegak dan lurus seperti tiang, batang penyapu, atau pembaris panjang yang ditegakkan secara menegak di kawasan yang rata.

2. Pastikan cuaca cerah – tidak mendung atau hujan – agar bayang-bayang objek dapat dilihat dengan jelas.

3. Tepat pada jam 5:18 petang, perhatikan dan tandakan arah bayang-bayang yang terbentuk.

4. Arah bertentangan dengan bayang-bayang itulah arah kiblat yang betul.

5. Pastikan waktu yang digunakan adalah tepat, diselaraskan dengan waktu rasmi Malaysia seperti melalui laman MST SIRIM (mst.sirim.my).

Kesimpulannya, Fenomena Istiwa A’dzam merupakan satu anugerah astronomi yang memudahkan umat Islam menyemak arah kiblat secara mudah, percuma dan sangat tepat hanya dengan menggunakan cahaya matahari. Ia mengingatkan kita betapa sains dan agama saling melengkapi dalam kehidupan seharian. JANGAN LUPA!

Baca juga: Cara Cari Kiblat Guna Qibla Finder, Tak Payah Download Aplikasi!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Harakah Daily

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×