Tahukah anda, terdapat satu fenomena astronomi yang boleh dimanfaatkan untuk semak arah kiblat dengan lebih tepat di rumah, surau mahupun premis masing-masing?
Fenomena yang dikenali sebagai Istiwa A’dzam berlaku apabila kedudukan Matahari berada tepat di atas Kaabah di Makkah. Ketika fenomena ini berlaku, bayang-bayang objek tegak yang terbentuk pada waktu tertentu boleh digunakan sebagai panduan untuk menentukan arah kiblat dengan mudah dan tepat.
Baca juga: Tular Konten Suami Isteri Rakam Babak Ke Bilik Mandi Cetus Perdebatan, Di Mana Batas Privasi & Malu?
SEMAK ARAH KIBLAT DENGAN TEPAT, FENOMENA ISTIWA A’DZAM

Bagi tahun 2026, fenomena ini berlaku sebanyak dua kali iaitu pada:
- 28 Mei 2026 – jam 5.18 petang
- 16 Julai 2026 – jam 5.27 petang
Orang ramai disarankan mengambil peluang ini untuk melakukan semakan arah kiblat menggunakan kaedah yang ringkas tanpa memerlukan peralatan rumit.
Antara langkah yang boleh dilakukan ialah menggunakan objek tegak dan lurus seperti tiang, batang lampu, tingkap atau sebarang objek yang berdiri tegak. Semakan perlu dilakukan tepat pada waktu yang ditetapkan kerana kedudukan Matahari ketika itu berada selari dengan Kaabah.
Ketika Istiwa A’dzam berlaku, arah bayang-bayang objek tegak yang bertentangan menunjukkan arah Kaabah atau kiblat.

Fenomena ini hanya berlaku dua kali setahun, justeru ia menjadi peluang terbaik untuk semak arah kiblat di kediaman, surau, pejabat atau mana-mana ruang solat berada pada arah yang tepat.
Sebarkan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan supaya lebih ramai dapat memanfaatkan fenomena semula jadi ini untuk menyemak arah kiblat.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Ramai Tertanya Kenapa Ikat Dagu Mayat Dalam Islam, Ada Hukum Disebaliknya Atau Sekadar Suka-Suka?
