Dalam kesibukan kerja seharian, kita sering terlupa satu perkara penting iaitu menghargai diri sendiri. Apabila beban semakin bertambah, fikiran semakin penat, dan tubuh terasa lesu, kita mudah abaikan keperluan diri yang dipanggil self-reward. Walaupun self reward murah sahaja, tapi memberi impak besar!
Tidak perlu tunggu pencapaian besar, atau hanya layak bila ‘ada duit lebih’ tapi realitinya, kita semua layak diraikan walaupun hanya dengan cara yang kecil dan sederhana.
Baca juga: 5 Jenama Emas Terbaik & Dipercayai Di Malaysia Untuk Simpanan Jangka Panjang, Berbaloi Beli!
10 SELF REWARD MURAH BAWAH RM20 UNTUK BERI IMPAK POSITIF PADA DIRI, MOOD CERIA!

Foto: Freepik
Banyak cara mudah dan murah yang boleh bantu kita berhenti sekejap, bernafas semula, dan rasa sedikit lega daripada tekanan harian. Bahkan, dengan bajet bawah RM20, kita sudah boleh lakukan sesuatu yang bermakna untuk diri.
Contohnya?
1. Sheet mask/eye patch yang boleh dibeli di farmasi, Watson atau Guardian.
2. Teh atau kopi panas, duduk diam dalam 15 minit tanpa tengok telefon bimbit.
3. Beli aiskrim atau pencuci mulut kegemaran.
4. Carikan buku murah di kedai buku atau beli secara online.
5. Minum coconut shake selepas balik kerja.
6. Belikan diri sendiri pen atau alat tulis baharu.
7. Jalan-jalan di taman atau piknik sendirian.
8. Beli face roller atau alat urut yang murah.
9. Beli roti atau kek viral seketul, jangan kongsi.
10. Beli pokok kecil untuk hias meja kerja.
Benda-benda kecil seperti ini mungkin nampak remeh, tapi kesannya besar untuk kesihatan mental dan keseimbangan hidup. Kita tak perlu tunggu orang lain raikan kita, cukup kalau kita mula belajar raikan diri sendiri, walaupun dengan cara yang paling sederhana.
Self-reward bukanlah satu bentuk pembaziran tapi ia adalah satu bentuk pelaburan untuk emosi, untuk ketenangan, dan untuk jangka masa panjang. Bila kita cukup sayangkan diri, barulah kita boleh terus beri yang terbaik kepada orang lain dan kepada kerja kita.

*Jadi, kali ini… apa ganjaran kecil yang anda nak beri untuk diri sendiri?
Baca juga: Ramai Tak Tahu…Ini 5 Design Emas Popular Tapi Sebenarnya ‘Perangkap’, Tak Berbaloi Beli!
Sumber: Public Health Malaysia
