Bulan Ogos dan September bukan sekadar cuti panjang atau peluang untuk pulang ke kampung halaman. Ia juga bulan penuh makna buat rakyat Malaysia apabila kita menyambut Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Sempena sambutan ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menganjurkan peraduan ‘Teroka Malaysia Bersama PLUS’ dari 1 Ogos hingga 16 September 2025. Menariknya, selain menikmati perjalanan di lebuh raya, pengguna juga berpeluang membawa pulang hadiah bernilai lebih RM15,000.
Menangi kamera digital, gajet & baucar ewallet!
Pengguna lebuh raya berpeluang memenangi hadiah menarik dengan jumlah keseluruhan melebihi RM15,000. Antara yang ditawarkan termasuk kamera digital, gajet moden, gimbal kamera serta baucar kredit Touch ‘n Go eWallet.
Hadiah-hadiah ini bukan sahaja bernilai tinggi, malah praktikal untuk kegunaan seharian. Ia memberi lebih makna kepada pengalaman perjalanan sambil meraikan Bulan Kebangsaan bersama keluarga.
Langkah penyertaan yang mudah

Untuk menyertai, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi PLUS sebelum memulakan perjalanan. Seterusnya, lakukan daftar masuk (check-in) di R&R, hentian sebelah atau destinasi terpilih yang disenaraikan dalam aplikasi.
Kemudian, rakam video kreatif berdurasi satu minit berkaitan pengalaman perjalanan. Muat naik video tersebut ke TikTok dengan kapsyen bertemakan Merdeka serta tanda pagar rasmi #TerokaMalaysiaBersamaPLUS.
Lebih daripada sekadar perjalanan
Melalui tema ‘Travel, Check-In & Win!’, PLUS mahu perjalanan lebuh raya menjadi lebih daripada sekadar laluan ke destinasi. Ia adalah peluang untuk mengabadikan kenangan dan mengeratkan hubungan bersama keluarga.
Dalam masa sama, pengguna juga dapat mempromosikan keindahan destinasi tempatan. Secara tidak langsung, ia menyemai rasa bangga terhadap negara sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Sokongan PLUS terhadap pelancongan tempatan
Menurut Ketua Komunikasi Strategik dan Pengalaman Pelanggan PLUS, Mohamed Hafidz Mohamed Ismail, peraduan ini menjadi platform untuk menyemarakkan semangat cinta negara sambil meraikan destinasi pelancongan tempatan.
“PLUS mahu perjalanan lebuh raya lebih bermakna. Melalui peraduan ini, pengguna boleh berkongsi detik gembira sambil mempromosikan keindahan Malaysia,” katanya.
PLUS yakin usaha ini turut menyokong inisiatif kerajaan mempromosikan pelancongan domestik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan ‘Teroka Malaysia Bersama PLUS’ di laman web rasmi www.plus.com.my atau mengikuti saluran media sosial rasmi PLUS.
