Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Sekufu Dalam Perkahwinan Mengikut Pandangan Islam, Bukan Hanya Pada Harta Sahaja!

SEKUFU DALAM PERKAHWINAN

Sekufu dalam perkahwinan sangat dianjurkan oleh Islam kerana ia boleh mengelakkan pelbagai masalah atau konflik di kemudian hari. Menerusi laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, sekufu membawa maksud kesepadanan, sama atau seimbang dalam sesuatu perkara.

Memilih pasangan sekufu dalam perkahwinan perlu menitikberatkan beberapa aspek penting seperti pekerjaan, fahaman tentang agama dan lain-lain.

Baca juga: Tak Cium Bau Syurga Jika Isteri Buka Aib Suami, Jangan Cari Alasan Dengan Kesalahan

MAKSUD SEKUFU DALAM PERKAHWINAN, FAHAM & AMBIL TAHU

SEKUFU DALAM PERKAHWINAN

Sekufu dalam perkahwinan membawa maksud bahawa anda perlu mencari pasangan yang mematuhi agama dan lebih baik sekiranya mempunyai kefahaman mendalam.

Mengenai pekerjaan pula, seseorang yang mempunyai pekerjaan bertaraf rendah seperti tukang sapu, tukang bekam, pengembala ternakan, pencuci tandas adalah tidak kufu mengahwini anak perempuan seorang ilmuan, hakim atau ahli perniagaan.

Walau bagaimanapun, pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mulia tetapi tidak kaya dan nampak biasa namun boleh menghasilkan jutaan ringgit.

Seterusnya, maksud sekufu dalam perkahwinan juga adalah seseorang itu tidak mempunyai kecacatan yang boleh menyebabkan pasangan berhak memilih untuk fasakh perkahwinannya.

Seorang lelaki yang gila atau sopak tidak sekufu dengan seorang perempuan yang tidak berpenyakit seperti itu. Kecacatan boleh dibahagikan kepada dua.

Kecacatan mengaibkan adalah seperti HIV, Aids, kusta, gila dan lain-lain. Perkara ini sebaik-baiknya dielakkan melainkan wujudnya persetujuan yang jelas.

Kedua, kecacatan yang kecil seperti cacat sebahagian anggota namun kefungsian masih berlaku. Ia tidak menjadi penghalang kerana pasangan seperti ini kadangkala jauh lebih bahagia dari yang sempurna sifatnya.

Sekufu dalam perkahwinan selanjutnya adalah hak isteri dan wali-walinya. Walaupun kufu bukannya syarat sah nikah, tetapi ia perlu untuk mengelakkan perkara yang buruk terhadap isteri dan para walinya dan menjamin kelangsungan hidup suami isteri.

Kesimpulannya, antara perkara yang paling penting dalam memahami sekufu’ adalah lebih kepada pasangan itu sendiri dan bukan semata-mata keluarga.

Baca juga: Istiadat Perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar & Tengku Natasya Berlangsung Selama 3 Hari

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×