Euforia Bola 2026
Asuh

Jangan Naik Angin Bila Anak Kecil Main Kemaluan Sendiri, Ini Masanya Mak Ayah Didik Tentang Seksual!

main kemaluan

Main kemaluan di kalangan anak kecil sering kali mengejutkan ibu bapa. Ada yang marah, ada yang panik, tak kurang juga yang jadi serba salah untuk menegur atau menjelaskan.

Namun, apa yang ramai tidak tahu, perbuatan ini sebenarnya adalah normal dan termasuk dalam fasa awal perkembangan seksual kanak-kanak.

Baca juga: 12 Doa Mustajab Untuk Anak Tersayang, Senjata Terhebat Ibu Ayah Boleh Baca Di Hari Arafah

JANGAN MELULU MARAH ANAK MAIN KEMALUAN!

main kemaluan

Gambar hiasan TiraChardz.

Perkara ini pernah berlaku kepada anak lelaki Mohd Fhais Salim, Aisy, yang ditegur oleh kakaknya kerana dilihat ‘bermain’ dengan kemaluan sendiri. Bila ditanya, Aisy menjelaskan, dia cuma cuba membetulkan zakarnya yang tegang.

Ini bukan aksi lucah atau salah laku, tetapi satu respon semula jadi terhadap perubahan tubuh yang sedang mereka alami.

Baca juga: Tingkah Laku Ulang-Ulang (Stimming) Pada Anak, Normal Atau Patut Risau?

Fahami ini bukan salah laku, tapi fitrah perkembangan

Ramai ibu bapa tidak menyedari bahawa ereksi atau ketegangan zakar boleh berlaku seawal bayi. Semakin usia meningkat, anak mula sedar dan peka dengan tubuh mereka. Di mana, ia satu fasa yang disebut sebagai ‘body awareness’.

Perasaan tidak selesa akibat perubahan seperti zakar menegang akan mendorong mereka untuk menyentuh atau menggosok bahagian tersebut. Ini bukan kerana rangsangan seksual, tetapi kerana rasa ingin tahu dan naluri semula jadi untuk memahami tubuh mereka sendiri.

Penis Play & Vaginal Exploration: Apa maksudnya?

Ada istilah yang digunakan oleh pakar perkembangan kanak-kanak, seperti:

Perbuatan ini biasanya berlaku dalam usia prasekolah (3–7 tahun) dan merupakan sebahagian dari perjalanan normal dalam perkembangan seksual kanak-kanak.

Namun, penting untuk difahami walaupun ia normal, ia bukan sesuatu yang boleh dibiarkan berlarutan tanpa panduan.

Baca juga: Anak Ngadu Sakit Bahagian Telur Jangan Anggap Ringan, Lambat Rawat Buah Zakar Boleh ‘Rosak’!

Kenapa ibu bapa tak boleh marah?

Jika ibu bapa terus marah atau memalukan anak apabila melihat mereka ‘main kemaluan’, anak akan:

  • Merasa bersalah terhadap tubuh mereka sendiri
  • Menyembunyikan persoalan seksual yang timbul
  • Enggan berkongsi perkara penting berkaitan perubahan tubuh dan perasaan

Apa yang lebih penting adalah ibu bapa perlu menjadi sumber rujukan utama anak dalam hal ini, bukannya menjadikan anak takut untuk bertanya atau berkongsi.

Apa tindakan yang wajar dilakukan?

  1. Tenang dan jangan panik – Ini normal. Jangan terus menengking atau menghukum anak.
  2. Tanya dengan lembut – Contoh: “Aisy tengah rasa tak selesa ke dekat situ?”
  3. Berikan penerangan ringkas tapi jelas – “Kalau rasa tegang, itu tandanya badan Aisy tengah belajar sesuatu. Tapi kita tak main-main dekat situ ya.”
  4. Ajar konsep aurat dan privasi – Gunakan bahasa yang mudah: “Tempat tu khas, tak boleh tunjuk atau pegang di tempat orang.”
  5. Perkenalkan istilah sebenar anggota badan – Supaya anak tidak menggunakan istilah pelik, lucah atau keliru.

Baca juga: Bila Masuk Darjah 6 Bukan Fokus ‘Exam’ Je, Banyak Perkara Lain Adik-Adik Kena Skor, Ambil Nota Ini!

Perempuan baligh lebih awal, ibu bapa perlu lebih bersedia

Kajian menunjukkan bahawa anak perempuan boleh mula baligh seawal usia 9 tahun, berbanding lelaki sekitar 13 tahun. Justeru, pendidikan seksual asas perlu bermula lebih awal, bukan selepas baligh.

Fokus utama bukan soal hubungan intim, tetapi soal:

  • Kesedaran tubuh
  • Batas aurat
  • Privasi dan perlindungan diri
  • Hormat kepada tubuh sendiri dan orang lain

Kesimpulan: Pendidikan Seksual Awal adalah tanggungjawab ibu bapa

Perbuatan anak-anak menyentuh atau bermain dengan kemaluan bukanlah satu kesalahan moral atau tanda kerosakan akhlak. Ia adalah satu fasa semula jadi dalam perkembangan mereka, dan ibu bapa perlu hadir untuk memberi panduan yang betul.

Jangan biar YouTube, kawan, atau internet jadi guru seksualiti pertama anak kita. Biarlah kita sendiri yang membuka jalan itu dengan ilmu, kasih sayang dan komunikasi yang sihat.

Baca juga: Ibu Dedah Anak Hampir Juling, Lepas Perasan Sering Buat Gaya Pelik Bila Nak Fokus!

Sumber: Mohd Fhais Salim

FT Image: rawpixel.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×