Euforia Bola 2026
Asuh

Ibu Bimbang Anak Gesel Alat Sulit Pada Sofa, Rupanya Dalam Fasa Phallic. Sila Beri Perhatian!

alat sulit

Kelakuan kanak-kanak ‘bermain’ dengan alat sulit sendiri dan menggunakan objek lain sebagai pengantara, telah membimbangkan dan mengejutkan para ibu bapa yang menyaksikannya.

Seperti salah satu video dikongsikan seorang ibu ini, kelihatan anak perempuannya menyangkut kaki di bucu sofa sambil mengapungkan badan. Mungkin, si kecil itu ingin cuba menguatkan otot tangannya.

Baca juga: Ibu~ Buat 5 Gaya Tangan Ini Bila Dukung Anak, Baru Tak Sakit Pergelangan!

ALAT SULIT ANAK TERANGSANG

alat sulit

Gambar: b.cari

Jika diperhatikan dengan teliti, rupa-rupanya anak tersebut sebenarnya cuba menggesel alat sulit pada sofa kerana merasai sensasi pada anggota ‘bawah’. Perbuatan anaknya itu secara tidak langsung menerbitkan rasa bimbang pada wanita tersebut.

ANAK RASA SENSASI PADA BAHAGIAN BAWAH RUPANYA DALAM FASA PHALLIC

Menerusi laporan Health Detik, yang memetik kenyataan Konsultan Kesihatan Mental dan Forensik Kanak-Kanak, Dr Inneke Limuria, aksi yang dilakukan itu dikenali sebagai fasa phallic. Di mana, kanak-kanak mula mengenali perbezaan jenis kelamin.

Kebanyakan mereka mula bermain dengan alat sulit sehingga mendapatkan ‘kepuasan’ seksual.

“Terdapat fasa oral pada umur 0-18 bulan, fasa dubur pada umur 2-3 tahun, fasa phallic pada umur 4-6 tahun, fasa laten pada umur 7 tahun sehingga akil baligh dan fasa genital waktu akil baligh pada usia 11- 18 tahun,” jelasnya.

Baca juga: Tips Simpan ‘Car Seat CRS’ Anak Berbulan Dalam Stor, Elok Je Tak Ada Kulat!

Baca juga: 5 Manfaat Bayi Tengok Imej Warna Hitam & Putih Sebelum Usia Setahun!

1. Fasa oral (lisan)

Beliau berkata, dalam fasa oral, kepuasan seksual berada di kawasan sekitar mulut yang mana iklan berkaitan makanan sangat menarik perhatian kanak-kanak.

Sekiranya fasa ini tidak berkembang dengan normal, kanak-kanak dalam usia belasan tahun biasanya akan menggigit kuku.

2. Fasa anal (dubur)

“Semasa fasa anal, kawasan kepuasan seksual adalah di kawasan sekitar dubur. Pada masa ini kanak-kanak mula merasai kepuasan apabila mempelajari latihan tandas.

“Jika fasa ini tidak berkembang secara normal, maka sesetengah orang lebih menyukai anal seks baik pada wanita mahupun homoseksual,” katanya lagi.

Baca juga: Ini 9 Kesalahan Remeh ‘Parents’ Sering Buat, Saat Baca Buku Pada Anak!

3. Fasa phallic

Semasa fasa phallic, kanak-kanak mula mengenali perbezaan jantina. Di mana, mereka mula bermain dengan alat kelamin sendiri supaya mendapat kepuasan seksual.

Sebahagian besar kanak-kanak, seringkali berasa ‘nikmat’ apabila organ kemaluan mereka dirangsang, tetapi tingkah laku ini tidak boleh dikategorikan sebagai aktiviti ‘seksual’ kerana mereka belum memasuki usia remaja.

“Jika fasa ini tidak berkembang secara normal, seseorang itu akan berasa trauma dengan perkara yang bersifat seksual (menjadi dara),” jelas Dr. Inneke.

4. Fasa laten

Dalam fasa laten, tingkah laku seksual kanak-kanak tidak bekerja buat sementara waktu. Namun, pada peringkat ini perkembangan intelektual kanak-kanak akan berkembang pesat.

5. Fasa genital

Semasa fasa genital, fungsi seksual kanak-kanak sudah aktif.

“Dalam fasa ini perkembangan kanak-kanak dicirikan oleh mimpi basah (pada lelaki) dan haid (pada kanak-kanak perempuan). Di mana, kanak-kanak boleh mendapat kepuasan dengan melakukan onani,” sambung Dr Inneke.

Baca juga: Belum Setahun, Bayi Sudah Mampu Sambung Bacaan Surah Lazim Alunan Ibunya!

Sumber: Detik Health / b.cari

FT Image: b.cari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×