Pencuci mulut Peach Gum merupakan minuman berkhasiat kerana dihasilkan daripada air rebusan herba-herba yang berkualiti. Di mana, bahan utama peach gum itu sendiri adalah getah yang dikeluarkan secara semula jadi dari cabang-cabang pokok peach, juga diketahui kaya dengan kolagen yang sangat bagus untuk kesihatan kulit.
Jadi kalau anda nak cantik dengan minuman berkhasiat yang enak ini, perkongsian resipi Rozie Abu Bakar di bawah boleh dihasilkan dalam jumlah yang banyak dan disimpan dalam berhari-hari.
Baca juga: Cara Buat Puding Jagung Sedap Tergedik-Gedik, Asalkan Tak Derhaka Resipi!
RESIPI PEACH GUM DESSERT

Gambar Rozie Abu Bakar.
Resepi ini kuantitinya banyak sebab kebiasaan orang akan simpan untuk minum berhari-hari. Kalau simpan dalam peti sejuk boleh simpan untuk 7 hari. Kalau suka yang suam, panaskan balik.
Sukatan bahan ini anggaran sahaja. Kalau nak isi padat boleh tambah sendiri, tapi resipi ini dah padat isinya boleh tengok gambar.
Resepi ini akan dapat dalam 10 bekas yang bersaiz sq 550.
Baca juga: Rahsia & Resipi Ikan Masak Cuka Bertambah Pinggan, Ini Pesanan Arwah Mak…
Bahan-bahan A:
- 30 biji kurma merah atau jojobar
- Dried hawthorn letak dalam 10 gm (rase sedikit masam seperti goji berry)
- Lotus seed segengam (rendam semalaman dan buang bahagian hijau ditengah kacang sebab pahit)
- White fungus 2 kumtum besar (nak lebih boleh tambah)
- Longan kering 100 gm
Bahan B:
- Goji berry 2 sudu besar
- Dried lily buld 50 gm (ini kalau letak, sedap sangat dan mewah)
- Segengam peach gum nak lebih pun boleh (direndam semalaman)
Bahan-bahan lain:
- Kembang semangkuk 6 biji (direndam)
- 2 sudu biji selasi (direndam)
- Gula batu segenggam (kalau nak manis lebih tambah)
- Air 3 liter arau (nak lebih pun boleh)
Baca juga: Resipi Rendang Ikan Tongkol Pedas Menyengat, Bertambah Tak Ingat Dunia!
Langkah-langkah:

Gambar Rozie Abu Bakar.
- Bersihkan peach gum yang direndam semalaman dari sisa-sisa kulit kayu yang melekat.
- Masukkan air arau di dalam periuk belanga besar.
- Kemudian masukkan bahan-bahan A dan biarkan ia masak sampai air mendidih lebih kurang 15 minit.
- Kemudian masukkan bahan-bahan B dan masak hingga mendidih kali kedua.
- Kemudian baru masukkan gula batu dan masak sampai gula batu dah cair.
- Tutup api, biarkan ia suam sikit baru letak biji selasi dan kembang semangkuk.
Bahan rahsia yang diletak:
1 uncang teh letak dalam rebusan tadi yang masih panas. Ini untuk hilangkan bau kuat herba dan menambah warna asal yang pucat.
Disebabkan itu nampak cantik je airnya, tapi jangan lupa keluarkan selepas itu. Siap!
Baca juga: Wanita Kongsi Cara Buat NASI IMPIT Paling Mudah, Bila Potong Nasi Pejal & Berketul Elok
Sumber: Rozie Abu Bakar
FT Image: Rozie Abu Bakar
