Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Cheesekut Viral Guna ‘Blender’, Tak Sampai 15 Minit Dah Siap Disimpan Dalam Peti Sejuk!

cheesekut viral

Kalau anda sedang cari resipi pencuci mulut mudah tanpa bakar yang boleh disiapkan dalam masa singkat, Cheesekut viral ini memang wajib cuba!

Hanya guna 4 bahan asas dan blender sahaja hasilnya mudah, sedap dan jimat masa. Perkongsian daripada Pakcu Love di Facebook ini pasti memikat hati penggemar kek sejuk berkrim.

Baca juga: Cara Cepat Lembutkan Daging Beku, Guna 1 Bahan Rahsia Ini Tanpa Perlu Rendam Air Berjam-Jam!

RESIPI CHEESEKUT VIRAL

cheesekut viral

Gambar Pakcu Love

Bahan-bahan utama:

  • 1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh)
  • 250g cream cheese (disarankan guna Tatura)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/4 cawan susu segar
  • Serbuk Milo sebagai topping adalah pilihan boleh guna bahan lain (cadangan produk: Farm Fresh Choco Malt)

Baca juga: Resipi Bunga Nanas Kering Homemade, Lebih Stail Bila Dihias Atas Kek & ‘Dessert’!

Cara penyediaan:

cheesekut viral

Gambar Pakcu Love

  1. Satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar dalam pengisar (blender). Kisar sehingga halus dan sebati. Boleh juga guna mixer jika tiada blender.
  2. Celup biskut kering ke dalam sedikit susu segar. Ini penting untuk lembutkan tekstur biskut semasa disejukkan nanti.
  3. Letakkan sedikit adunan cheese sebagai lapisan dasar. Kemudian susun biskut celup susu di atasnya. Ulangi proses ini iaitu lapisan cheese, biskut, cheese sehingga habis. Pastikan lapisan terakhir adalah cheese.
  4. Akhir sekali, taburkan topping pilihan seperti serbuk Milo, Nestum, Oreo kisar atau apa-apa bahan kegemaran anda.

Tips tambahan:

  1. Sejukkan Cheesekut sekurang-kurangnya 4–6 jam sebelum dipotong untuk hasil yang lebih mantap dan berkrim.
  2. Lagi lama disimpan dalam peti sejuk, lagi sedap rasanya!

Baca juga: Nampak Sama Tapi Tak Serupa, Beza Matcha & Green Tea Yang Buat Ramai Terkejut!

Sumber: Pakcu Love

FT Image: Pakcu Love

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×