Jika anda sedang mencari resipi pavlova mudah yang sedap, rangup di luar dan lembut di dalam, resipi pavlova Nani Ghazali ini wajib anda cuba! Tanpa teknik susah atau langkah rumit, hanya campur semua bahan dan biarkan mixer bekerja.
Hasilnya? Pavlova wangi, tak berbau telur dan teksturnya cukup memikat hati.
Baca juga: Apam Nasi Gebu Warna-Warni, Resipi ‘Lejen’ Mak-Mak Sekali Buat Terus Master!
RESIPI PAVLOVA MUDAH

Gambar: Nani Ghazali
Resipi ini sesuai untuk anda yang sibuk tetapi ingin hidangkan pencuci mulut istimewa untuk keluarga. Jom lihat cara penyediaannya!
Bahan-bahan:
- 4 biji putih telur Gred A
- 3/4 cawan gula halus
- 2 sudu kecil tepung jagung
- 1 sudu kecil cuka
- 1 sudu kecil creamy vanilla (rahsia pavlova wangi dan sedap, confirm tak bau telur)
Baca juga: Kek Lapis Neopolitan Tiga Rasa, Tiga Warna…Sekali Gigit Susah Nak Berhenti!
Cara penyediaan:

Gambar: Nani Ghazali
- Senang campak semua dalam mixer tak payah kena tunggu putih telur kembang baru letak gula, saya tak ada masa nak mengadap mixer.
- Dah campak semua bahan, putar whisk kelajuan sederhana sahaja (ambil masa dalam 20 minit nak dapat tekstur stiff peak).
- Bakar suhu 115 (1 jam 30 minit).
- Lepas dah bakar, biar dalam ketuhar (oven) lagi 1 jam baru bawa keluar. Masa ini memang kena sabar, jangan gatal tangan nak buka pintu oven, nak check tekstur ke apa… semua itu nanti lepas pavlova dah sejuk.
Bila suhu jatuh, itu yang buat tesktur pavlova merekah, dapat rupa kulit ular, pavlova liat. Main dengan gula, lawan suhunya.
Ini cara saya selepas beratus kali gagal buat pavlova. Akhirnya baru dapat tekstur ini. Tiada join kelas, semua hasil cedok tips dari Google.
Baca juga: Resipi Kek Comel ‘Viral’ Ala Pencuci Mulut Bingsu, Sekali Gigit Terus Cair Hati!
Sumber: Nani Ghazali
FT Image: Nani Ghazali
