Menjelang sahaja bulan Ramadan, pelbagai menu minuman yang tular dan unik muncul di media massa. Tidak kurang hebatnya, minuman penyejuk tekak ini yang dihasilkan daripada cincau hijau yang dinamakan sebagai ais cincau hijau santan gula merah.
Kalau di rumah sudah sedia ada mempunyai jeli cincau hijau, jadi boleh sahaja langsung membuat minuman ini. Namun, sekiranya anda mempunyai tanaman pokok cincau, ikuti panduan di bawah untuk mengubah daun menjadi jeli seperti dikongsikan Rossiyan Natalia.
Baca juga: 9 Pes Masakan Saiz Ketulan Ais Yang Wajib Ada Di Rumah, Cukup Sampai Raya!
RESIPI AIS CINCAU HIJAU SANTAN GULA MERAH

Gambar Rossiyan Natalia: Minum dengan ais, santan dan sugar brown caramel makin sedap.
Ais cincau hijau dengan santan dan gula merah, hmmm segar betul rasanya! Daun cincau hijau mempunyai banyak manfaat kesihatan, antaranya:
- Menjaga kesihatan pencernaan
- Membantu mengekalkan keseimbangan gula dalam darah
- Mencegah osteoporosis
- Meningkatkan ketahanan badan
- Membantu menurunkan berat badan
- Merawat demam dan sakit tekak
- Mengurangkan risiko diabetes
- Membantu mengatasi masalah penghadaman
- Membantu mengekalkan kesihatan tulang dan mata
- Membantu mencegah kanser
- Daun jeli rumput hijau mengandungi banyak bahan aktif seperti flavonoid, vitamin C, vitamin A, kalsium, magnesium, fosforus dan kalium.
Baca juga: 12 Idea Minuman Berbuka Puasa Yang Sedap & Terpaling Mudah Bahannya!
Baca juga: Koleksi 30 Hari Menu Berbuka & Sahur Untuk 2025, Ada Banyak Idea Ringkas Tapi Menyelerakan!

Gambar Rossiyan Natalia: Daun cincau yang telah menjadi jeli.
- Mula-mula cuci bersih-bersih daun cincau.
- Kemudian, rebus dengan air secukupnya bergantung dengan banyak mana daun cincau yang digunakan.
- Masak selama lebih kurang 2 minit agar daun cincau lembut, tidak berbau dan mudah diperah seperti di gambar.
- Setelah diperah, tambah ½ liter air rebusan tadi yang telah ditapis supaya tidak bercampur dedaunnya.
- Biarkan sebentar dalam beberapa saat sekitar 5 jam dalam peti sejuk sampai berubah menjadi jeli.
- Kemudian, masukkan jeli cincau di dalam gelas bersama santan dan karamel gula perang.
- Akhir sekali, masukkan ketulan ais batu dan minuman ini sedia untuk dinikmati!

Gambar Rossiyan Natalia
Baca juga: Menu Bekal Sekolah Anak Untuk 2 Sesi Pagi Dan Petang, Ringkas & Boleh Ulang Setiap Minggu!
Sumber: Rossiyan Natalia
FT Image: Rossiyan Natalia / Google
