Coconut shake antara minuman kegemaran ramai, terutama apabila cuaca panas atau menjelang bulan puasa yang semakin hampir.
Perkongsian resipi ringkas ini menarik perhatian ramai kerana hasilnya dikatakan creamy, menyegarkan dan rasanya setanding seperti yang dijual di kedai minuman.
Baca juga: Pulut Kuning Cepat Basi? Rupanya Ini Teknik Mudah Buat Pulut Tahan Lama & Kekal Lembut
RESIPI COCONUT SHAKE ALA KEDAI

Gambar: Khairuzetti Zaini
Resipi ini dikongsikan oleh Khairuzetti Zaini menerusi Facebook, lengkap dengan sukatan tepat dan tip mudah untuk mendapatkan rasa lemak berkrim yang ‘naik’ walaupun hanya menggunakan bahan asas.
Antara kelebihan resipi coconut shake ini ialah penggunaan bahan yang mudah didapati, namun gabungannya menghasilkan rasa yang seimbang dan tidak muak.
Bahan diperlukan:
- 1 cawan isi kelapa
- 3 sudu besar susu pekat (jenama Carnation)
- 4 sudu besar susu cair (jenama Carnation)
- 2 cawan ais kiub
- ½ cawan air kelapa muda
- ½ cawan ais krim vanila (jenama Magnolia)
- Secubit kecil garam halus (untuk naikkan rasa lemak)
Cara penyediaan:
Penyediaan coconut shake ini sangat ringkas dan sesuai untuk disediakan di rumah tanpa memerlukan teknik rumit.
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
- Kisar sehingga tekstur menjadi halus dan mulus.
- Tuang ke dalam gelas bersesuaian.
- Letakkan 2 hingga 3 skop ais krim vanila sebagai topping.
Baca juga: Resipi Tofu Goreng Berlada Ringkas & Tak Muak, Makan Tanpa Nasi Pun Kenyang!

Gambar hiasan: funfair.sg
Rahsia rasa lemak berkrim
Menurut perkongsian tersebut, penggunaan secubit kecil garam halus menjadi kunci penting untuk menyeimbangkan rasa manis dan menaikkan rasa lemak coconut shake.
Gabungan isi kelapa, air kelapa muda dan ais krim vanila pula menjadikan minuman ini lebih beraroma serta tidak terlalu manis.
Coconut shake ini bukan sahaja sesuai dijadikan minuman berbuka puasa, malah boleh juga disediakan sebagai minuman sejuk untuk keluarga atau tetamu. Ringkas, cepat dan hasilnya memang memuaskan.
Baca juga: 15 Makanan Ini Tak Payah Panaskan Bila Simpan Dalam Peti Sejuk, Boleh Terus Makan Lebih Sedap!
Sumber: Khairuzetti Zaini
